Bonjour dan Assalamualaikum. Hari ni aku nak kongsi pendapat aku pada pembaca-pembaca yang sudi dan ditakdir kan oleh Allah buka dan baca blog aku ni. hahaha. Aku nak kongsi pendapat aku tentang satu perkara ni. Ada kawan aku tanya aku kenapa kau sayang sangat gitar kau ni haa? bukan boleh buat awek pun... gitar je pun. Haa.... bagi korang memang lah macam tu. Apa pun terima kasih atas teguran tu, aku ada idea nak buat post ni.
Okay. Sini aku bagi beberapa sebab kenapa aku lebih sayang gitar aku ni daripada sayang seorang gadis yang biasanya jejaka seperti aku ni ada.hahaha. Tak banyak pun nak bagi. Beberapa je .hahaha. Okay. Mari kita mula kan...
1. Gitar aku ni tak suka marah-marah
- Disini ingin aku tegaskan bukan semua gadis suka marah-marah tapi segelintir sahaja dan ya... aku dah saksikan depan mata aku sendiri kawan aku kena "QC" dengan awek dia. Baru awek belum jadi isteri lagi kan. Kena cubit lah, tarik telinga lah, tumbuk-tumbuk pun ada. Kesian member aku tu. Tapi, dengan gitar ni... dia tak marah-marah aku, dia diam je. Relax je dia mengeluarkan bunyi-bunyi enak bila aku dengan dia.hahaha.
2. Tak ada orang pandang serong bila aku berdua dengan gitar
- Disini aku ingin tekankan lagi yang bukan semua gadis suka berdua-duaan dengan jejaka mereka. Tapi aku sering kali lihat pasangan-pasangan duduk rapat di taman bunga, tepi tasik, dekat mcd, hahaha.... banyak lagi tempat dan secara tidak langsung ia mendatangkan pandangan kurang enak. Tambahan lagi, si gadis pula pakai baju macam err.... you know lah kan... so, bila aku duduk dengan gitar tepi tasik, kat taman bunga ke kan, orang tak kata apa pun. Kalau kawan ayah aku jumpa pun, dia takdenya nak report kat ayah aku kata, "aku nampak anak kau berdua-duaan dengan gitar kat tepi tasik."
Okay. Ini bagi aku lah kan. Tapi itulah, Allah dah bagi kita hidup kat dunia ni berpasang-pasangan. Mesti ada gadis yang sesuai untuk setiap jejaka. Allah dah tentukan siap-siap dah. Kita mesti ada pasangan juga nanti. Bagi aku, bila aku dah jumpa gadis yang sesuai dengan aku, yang boleh terima aku seadanya kan, gitar ni aku akan sandarkan di dinding dengan hiasan yang cantik je. Sebab aku dah ada gadis aku sendiri. Well, bila Allah dah bagi jodoh pada kita, kita kena lah jaga baik-baik dan jangan bagi dia sedih. Jadi, future wife.. jangan risau ye. Nanti bila kita dah berumah tangga, gitar ni saya sandar kat dinding dan saya akan main bila awak minta saya mainkan lagu-lagu kegemaran awak je.okay? =)
P.S: Buat masa sekarang ni, Luna memang gitar terbaik aku pernah ada. Dan masih mencari gadis dan gitar aku.
2 comments:
alaaa, kau sweeetttt :D
hahaha.mana ada. =))
Post a Comment