8.11.2012

Dan Si Penyajak Tersenyum Bermimpikan Cinta Malam Ini

Dan mimpi malamku kini
Masih ditemani sesuatu
Yang masih tidak mampu aku gambarkan
Mimpi yang manis atau nighmare semata
Kerana mimpi-mimpiku
Adalah satu ruangan khas buat aku
Untuk berjumpa dan berbicara dengannya
Waktu untuk aku dan dia bersatu
Di dalam mimpi milikku

Dan di luar kamar gelap ini
Seorang penyajak berdiri memandang bulan
Tersenyum dan tersenyum lagi
Sebelum menolak rambutnya yang menutup mata kanannya
Dan dia tertanya-tanya sendirian
Adakah ini realiti atau mimpi
Kerana bulan yang bersinar terang
Sama seperti anak mata yang memanah hatinya dahulu

Dan dicelah-celah kedinginan malam
Si penyajak duduk bersandar di batu putih
Dan memetik gitar sambil menyanyi
Lagu rindu darinya untuk gadis berjiwa ais
--- Si penyajak merindui dia yang disayangi

2 comments:

Iman Nur Aima said...

gadis berjiwa ais...beberapa kali dah jumpa ni....gadis ni benar2 ada ye?

Ariff Masrom said...

dia ada. dia sentiasa ada. :)