Aku mahukan sesuatu yang aku rasa aku perlu ada untuk hidup di dalam dunia yang pasca merdeka ini.
1. Aku mahu keperluan asas yang cukup dan stabil untuk membina sebuah keluarga.
2. Aku mahu ibu bapa aku tinggal bersama aku.
3. Aku mahu adik beradik aku bersatu dan bukan seperti keluarga lain. InsyaAllah.
4. Aku mahu mengelilingi dunia dan menuntut ilmu.
5. Aku mahu sesuatu yang lebih baik dari semalam, setiap hari.
6. Aku mahu buat dia terus tersenyum, dan aku lah punca dia tersenyum.
1.01.2013
2.02.2012
Jam pasir
Memegang sebuah jam pasir,
Aku melihat pasir itu bergerak,
terus jatuh dari atas ke bawah,
dan ia buat aku percaya dua perkara,
adanya tarikan graviti dan masa sentiasa bergerak,
Aku mahu hapuskan jam itu,
Kerana aku mahu terus berada bersama kamu,
Tiada had masa untuk kita bersama,
Kerana aku mahu berterbangan bersama kamu,
Tiada tarikan graviti untuk halang kita terbang bersama,
Sentiasa.
Aku melihat pasir itu bergerak,
terus jatuh dari atas ke bawah,
dan ia buat aku percaya dua perkara,
adanya tarikan graviti dan masa sentiasa bergerak,
Aku mahu hapuskan jam itu,
Kerana aku mahu terus berada bersama kamu,
Tiada had masa untuk kita bersama,
Kerana aku mahu berterbangan bersama kamu,
Tiada tarikan graviti untuk halang kita terbang bersama,
Sentiasa.
1.30.2012
Hidup
Yang dirangka terus dirangka,
Yang dirancang terus diusaha,
Untuk sesuatu yang baru,
Untuk aku usahakan,
Mencari kebahagiaan hidup,
Dan jika boleh, aku ingin sekali,
Lakukannya bersama kamu.
Beri ku sedikit masa lagi,
Untuk sediakan kelengkapan diri sendiri,
Sebelum menjemput mu,
Menemani ku di sisi,
Aku janji.
Yang dirancang terus diusaha,
Untuk sesuatu yang baru,
Untuk aku usahakan,
Mencari kebahagiaan hidup,
Dan jika boleh, aku ingin sekali,
Lakukannya bersama kamu.
Beri ku sedikit masa lagi,
Untuk sediakan kelengkapan diri sendiri,
Sebelum menjemput mu,
Menemani ku di sisi,
Aku janji.
Apa kata mu?
Dan ada terlintas di kotak minda,
Berlari dari sini ke sana,
Namun apa kah kita boleh berpimpinan?
Bersama berlari ke sana,
Kamu, aku, ke sana,
Mahu?
Berlari dari sini ke sana,
Namun apa kah kita boleh berpimpinan?
Bersama berlari ke sana,
Kamu, aku, ke sana,
Mahu?
Persoalan
Yang terbiar,
Adalah persoalan yang tidak terjawab,
Sebelum tiba masanya nanti,
Melangkah masuk ke dunia abadi,
Soalan terbiar tidak terjawab,
Tak kesampaian.
Adalah persoalan yang tidak terjawab,
Sebelum tiba masanya nanti,
Melangkah masuk ke dunia abadi,
Soalan terbiar tidak terjawab,
Tak kesampaian.
1.27.2012
Pesanan ringkas 2
Pesanan ringkas ini untuk "Gadis bertaring kembar",
" Awak, sudi tak kalau saya ajak awak tonton filem "The Notebook" dengan saya? "
Yang benar, Penulis buku nota.
Pesanan Ringkas
Ini sebuah pesanan ringkas,
Dari aku untuk dia,
Dari aku untuk dia,
" Awak, saya rindu awak lah. Awak lah, gadis bertaring kembar. "
1.25.2012
Rindu
Teringat,
Tawa riangnya,
Senyum manisnya,
Jelingan tajamnya,
Dan apakah rasa di dalam jiwa,
Sering sahaja aku teringat,
tiada yang lain ; Dia.
Aku mengambil kata putus,
Ya, aku rindu dia.
1.21.2012
Hujan
Hujan turun petang itu,
Titis demi titis jatuh ke atas ku,
Aku masih berdiri di situ,
Tegak tidak berganjak,
Tubuhku gigil kesejukan,
Tanganku memeluk tubuh,
Dengan harapan dapat kupanaskan badan,
Mengharap.
Aku biarkan air hujan mengalir,
Dari kepala terus ke kaki,
Berakhir di tanah yang aku pijak,
Aku mendongak ke langit,
Apa mungkin dosa ku terhapus,
Seperti mana air hujan meninggalkan tubuh aku,
Mungkinkah dosa aku terampun,
Aku terus mendongak,
Mengharap.
Titis demi titis jatuh ke atas ku,
Aku masih berdiri di situ,
Tegak tidak berganjak,
Tubuhku gigil kesejukan,
Tanganku memeluk tubuh,
Dengan harapan dapat kupanaskan badan,
Mengharap.
Aku biarkan air hujan mengalir,
Dari kepala terus ke kaki,
Berakhir di tanah yang aku pijak,
Aku mendongak ke langit,
Apa mungkin dosa ku terhapus,
Seperti mana air hujan meninggalkan tubuh aku,
Mungkinkah dosa aku terampun,
Aku terus mendongak,
Mengharap.
1.19.2012
Ku kejar Pelangi
Aku berlari
dan terus berlari
di dataran ini
mengejar pelangi
yang hadir kini
selepas hujan lebat membasahi
setiap inci dataran ini
mencari bidadari
yang sembunyi
di balik indah pelangi
tak ku dengar suaranya
tapi kelibat nya itu
aku pasti dia ada
wahai pelangi
jangan pernah lari dari aku
izinkan aku menaikimu
agar aku dapat bersama sang bidadari
yang hanya hadir dalam mimpi
jangan lari
jangan biar aku berlari
jangan biarkan aku
sendiri.
dan terus berlari
di dataran ini
mengejar pelangi
yang hadir kini
selepas hujan lebat membasahi
setiap inci dataran ini
mencari bidadari
yang sembunyi
di balik indah pelangi
tak ku dengar suaranya
tapi kelibat nya itu
aku pasti dia ada
wahai pelangi
jangan pernah lari dari aku
izinkan aku menaikimu
agar aku dapat bersama sang bidadari
yang hanya hadir dalam mimpi
jangan lari
jangan biar aku berlari
jangan biarkan aku
sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)