6.17.2011

Belajar Untuk Hidup


As-salam dan Hello semua. Sihat selalu hendaknya.. Eh, korang pernah dengar nama Tom Hanks? Bagi aku dia ni antara pelakon yang pandai menjiwai watak yang dilakon kan. Setiap kali aku tengok dia berlakon, pasti aku terbawa-bawa sekali dalam cerita tu. One of the best movie yang dia berlakon, Forrest Gump. Pernah tengok? Pada yang tak pernah tu, aku rasa korang kena lah cari dvd cerita ni sebab cerita ni memang akan buat korang rasa bersyukur dan nak berubah jadi manusia yang lebih baik.hahaha.

Cerita ni memang banyak pengajarannya. Aku bila sedih atau rasa lemah semangat, pasti aku akan hidupkan laptop dan tengok cerita ni. Forrest Gump ni kira macam budak yang tak berapa nak normal sangat lah. Hidup dengan ibu nya, dengan kaki yang tempang pasti akan membuat korang rasa macam,  "awww...kesian nya budak ni..." Hidup dia memang adventure betul. Bagi dia, apa yang dia nak buat, dia buat sahaja tanpa fikir apa sebab untuk dia buat benda tu.


Dia ada seorang kawan perempuan yang dia kawan sejak dari kecil, Jenny namanya. Perasaan sayang kan, mana boleh tahan dan buat tak tahu je. Dia sayang gila kat Jenny ni. Tapi, Jenny ni buat tak layan je kat dia. Sedih lah juga tengok dia kena macam tu. Dia sanggup tunggu Jenny ni, even masa dia masuk tentera pun dia masih teringat dan rindu kat Jenny.Ada satu part tu, scene tu memang scene yang aku suka lah. Forrest Gump cakap kat Jenny, " Why don't you love me, Jenny? I'm not a smart man, but I know what love is..." scene ni masa Forrest ajak Jenny kahwin. Memang sedih lah... 




Orang yang IQ seperti budak kecil juga ada perasaan juga. Kita kena lah belajar hormat orang. Hidup ni memang misteri. Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kita, siapa kita akan jumpa, macam mana bila kita dah dewasa nanti.... Macam mak dia cakap kat dia, " Life is like a box of chocolate... you never know what you're going to get... " Memang best lah cerita ni. A very inspired movie bagi aku. So, aku rasa kalau korang ni kaki tengok movie dan kaki dvd, tambah kan lah koleksi dvd korang dengan cerita ni yang aku rasa amat berbaloi untuk dimiliki. Gadis yang tengok cerita ni pasti akan buat aku rasa, " awesome nya dia ni, sama taste ngan aku..." hahaha. Okay, itu gedik dan poyo. Apa-apa pun, harungi hidup dengan baik dan elakkan melakukan benda-benda yang kurang bijak sebab kita ni bijak-bijak kan? hahaha. Okay, terima kasih. As-salam... =)





No comments: