3.13.2012

Kawan 1


"Ahmad...Ahmad... Ni aku dah datang ni..." Arman masuk ke dalam rumah sambil pintu dikuak.

"Oh, Man. Haa... masuk lah. Duduk lah dulu kat sofa depan sana..." Sayup kedengaran suara Ahmad di dapur.

Arman duduk di sofa merah empuk di ruang tamu rumah Ahmad. Arman mengambil alat kawalan jauh permainan konsol PS3 dan menyambung permainan yang ditinggalkan oleh Ahmad. Permainan kegemaran mereka, Pro Evolution Soccer.

"Woi! Jangan usik lah! Kau ni!" Ahmad datang sambil menyepak perlahan betis Arman. Tercampak alat kawalan jauh itu. Mujur jatuhnya di atas bantal.

"Ala...aku baru nak main sekejap. Haa... Mat, macam mana projek kita minggu ni? Jadi tak kita ke rumah kosong atas bukit sana?" Arman bersemangat menyoal Ahmad yang masih marah dengan tindakan Arman menyambung permainannya.

"Haa... tu yang aku panggil kau datang teratak buruk aku ni. Okay, macam ni lah. Khamis malam ni kita siapkan semua barang-barang yang perlu. Torchlight, alat pengesan gerakan, alat pengesan haba, haa... lagi satu jangan lupa bawa krim. Apa-apa krim. Aku tak nak derma darah aku kat nyamuk liar atas bukit sana." Ahmad menggelengkan kepalanya dan menghirup nescafe panas, homemade katanya. Ah, kurang susu. Biasalah orang bujang.

"So, kita dua je ke? Yang lain tak nak ikut? Apa lah! Penakut!" Arman terbayang Suhail yang penakut itu. Suhail memang terkenal dengan sifat penakutnya.

"Suhail ada sekali. Dia lah driver kita. So, Khamis malam? Set?" Ahmad mengangkat ibu jarinya dan menghalakan ke arah Arman.

"Cantik! Aku okay je. Khamis malam! Kita teroka Bukit Stephen tu!" Arman melagakan ibu jarinya dengan ibu jari Ahmad tanda setuju.

"Haa... Dah! Kau pergi solat dulu lah. Lepas tu kita main game. Takkan kau tak nak tebus kekalahan kau tempoh hari?" Ahmad dengan bongkak cuba menimbulkan perasaan marah Arman.

"Kurang ajar! Kau tunggu. 10 minit! 10 minit!" Arman berlari ke bilik tetapi sempat membaling bantal tepat ke kepala Ahmad.

"Woi! Sakit lah!" Ahmad menjerit.

Bersambung

No comments: