3.13.2012

Hey Buah Hati

Jika ada perkataan yang sesuai,
Yang mampu menggambarkan dengan jelas,
Tentang perasaan aku ketika ini,
Mungkin ia memudahkan dirimu,
Untuk mengetahui sebanyak mana rasa di dalam hati,
Rasa sayang yang tidak pernah kurang,
Rasa rindu yang tidak pernah hilang,
Tapi, sayangnya semua itu tidak mampu ditafsirkan dengan perkataan,
Dan aku mahu kamu tahu,
Yang aku sayang kan kamu apa adanya kamu.

No comments: