10.30.2013

#Seyogia - Amal Hamsan (Review.)


Tajuk : Seyogia
Penulis: Amal Hamsan
M/S: 209 ms
Terbitan : Lejen Press

Seyogia - sebuah novel tulisan Amal Hamsan terbitan Lejen Press. Amal Hamsan sebelum ini menulis
antologi Heroin dan juga Dabel Date, kedua-duanya juga terbitan Lejen Press.

Sipnosis

Pertemuan mereka berdua, Jard dan Laila, tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang sama terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, Azzad, berlainan. Walau permulaannya sam, namun
hujungnya jelas tiada persamaan.

Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus-terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita.


Aku jarang baca novel tapi bila kakak aku cakap Seyogia ni memang novel yang bagus, aku ambil keputusan untuk baca. Aku percaya kakak aku. Bila dia kata novel tu bagus, novel tu memang bagus.

Seperti mana aku percaya kat kakak aku, seperti itu juga watak utama novel ini, Jard percaya dan sayang pada satu-satunya abang dan adik-beradik yang dia ada. Hidup di dalam sebuah keluarga yang agak kucar-kacir dan sentiasa tegang, aku dapat bayangkan dan rasakan apa yang Jard lalui. Tanpa sedar, menitis juga air mata aku ni. Bagi aku, itu baguslah.

Sebuah novel terbitan Lejen Press, aku rasa sangat berpuas hati dengan novel Seyogia ni. Dengan tema kekeluargaan yang diangkat oleh Amal, ia dapat menarik perhatian aku. Tambahan pula, aku memang sangat meminati tulisan Amal sejak aku membaca buku Heroin dan aku rasa novel ini memang patut dibaca oleh para pembaca novel.

Hubungan adik-beradik yang sangat erat antara Jard dan abangnya,Jazman yang aku rasa dia sangat sayang adik dia walau pun dia tak tunjukkan yang sebenarnya dia terlalu sayangkan adik dia. Pertemuan Jard dengan Laila yang perlahan-perlahan menyedarkan Jard yang walau pun kita rasa hidup kita ni terlalu teruk, ada lagi orang lain yang melalui hidup yang lebih hebat dugaannya.

Azzad yang tak putus asa untuk menarik perhatian Jard, aku suka tu. Walau ada yang mengatakan lelaki macam ni bukan wujud pun, hanya watak fiksyen. Ada sebenarnya, mungkin belum dapat peluang nak berjumpa lagi.

Dan antara dialog yang paling berkesan pada aku adalah dialog di antara Jard dan Azzad.

"Dia tak pernah tutup hati dia, Azzad. Kau yang buta, kau yang tak nampak. Sebab kau sendiri yang tutup hati kau untuk dia." - Jard

"Kalau kau kata aku buta sebab tak nampak dia, jadi kau pun buta sebab tak nampak aku." - Azzad (ms 200)

2 comments:

Hanalasara Ruzane said...

hati yang kukuh bisa rapuh
jiwa yang utuh bisa luluh

novel tu memang awesome. aku baca 2 3 kali pun boleh menangis macam first time baca. tak sia sia aku jumpa, beli dan baca buku tu. sangat mendalam. tertusuk.

Syahirah said...

Setuju. Novel tu sangat awesome. Dan kita sama. Baca buku tu dan meletakkan diri sendiri sebagai Jard, memang menangis. Rasa mcm diri sendiri pun kehilangan adik beradik. Nangis sgt sgt start page 127 kot (tak ingat sgt) sampai habis. Gila real nangis.