6.22.2011

Jatuh cinta?



As-salam dan hello semua! Apa khabar?

Korang pernah jatuh cinta tak? I mean macam crush lah, or something like that. Kira macam first phase sebelum korang kenal antara satu lain. Senang cakap cinta pandang pertama lah...hahaha. Mesti pernah kan... aku pasti semua pernah rasa cinta pandang pertama. Rasa macam seronok je bila dalam hati tu ada rasa cinta,kan?? hahaha.

Tapi, kenapa rasa cinta atau crush tu wujud? Hahaha. Bagi aku, rasa tu wujud bila ada sesuatu pada gadis atau jejaka yang kita crush tu, yang buat kita rasa tertarik, menarik lah dan tertarik-tarik lah sangat... So, rasa cinta itu akan wujud dalam hati bila imej yang diterima oleh mata, contohnya senyuman ikhlas dari gadis itu sampai ke otak dan buat kita tersenyum sama dengan dia.hahaha. Itu lah yang aku rasa!



Aku masih tak boleh terima yang aku jadi stalker semula, sama seperti waktu kali terakhir aku crush dengan gadis setempat dengan aku. Hahaha. Dah lama aku tak rasa "butterfly terbang-terbang dalam perut". Hahaha. Boleh aku berpeluh-peluh nervous bila dia lalu tepi aku tadi? Malu betul. hahaha. Okay. Biasalah tu kan, nervous. Kawan-kawan aku pun setuju yang dia tu something. I mean, dia senyap dan sangat secretive tau. Macam Jamie Sullivan.hahaha. Serupa sungguh. Tak pe..nanti aku approach dia.



Lagi satu, bila kita dah jatuh cinta ni kan, kita akan rasa adrenalin rush dalam badan ni.hahaha. Rasa macam hyper ada, rasa malu ada, rasa excited ada. Semua rasa ada. hahaha. Biasalah, orang dah jatuh cinta kan.hahaha. Jantung pun berdegup laju je bila si dia lalu tepi kita. Jantung tu berdegup sampai kan si dia tu boleh toleh kearah kita.hahaha. Kuat betul tu...hahaha. Jadi, bila dah rasa macam berdegup kuat sangat tu, control-control lah sikit ya.hahaha.




Bagi aku, cinta tu sangat universal untuk kita cakap apa sebenarnya cinta tu. Sebab itu lah ada yang kawan hampir 10 tahun, jadi pasangan kekasih...ada juga pasangan sejenis (yang ini haram dalam Islam). Ada yang bujang sampai tua sebab belum jumpa cinta. Semua nya Allah yang tentukan, ada kah dia akan temukan cinta itu untuk kita atau tidak, cepat atau lambat, aku yakin cinta itu tetap akan kita rasa sebab cinta itu memang satu perasaan yang seronok dan susah nak di terangkan dengan kata-kata, hanya yang pernah rasa je tahu apa sebenarnya cinta tu. Jadi, korang pernah jatuh cinta? =)

4 comments:

Kikan Kikun said...

haha.comel ja! approach dia cepat dik :)

Ariff Masrom said...

mesti!hahaha.

Miss Y and Her World said...

sweet nya bila kamu jatuh cinta ;)

tapi sy tak percaya cinta pandang pertama. i always believe that kita perlukan masa untuk jatuh cinta pada seseorang. hehe. mungkin sebab belum pernah rasa cinta pandang pertama kot ;)

There Is Only One Reason Why A Man Dumped You

Ariff Masrom said...

hahaha.orang kata, memang wujud cinta pandang pertama.sebab itu wujudnya terma dari mata turun ke hati.hahaha