6.22.2011

Anda kenal diri anda?

As-salam dan Hello semua. How are you today?


Pernah terfikir, atau pun terlintas soalan ini dalam kotak minda anda? "Aku kenal ke diri aku ni...?" Pernah? Aku biasa dengar rakan-rakan aku cakap, "aku kenal lah diri aku", "i am me", "I proud to be what I am" dan banyak lagi. Bagi aku, masing-masing ada hak dan pendapat masing-masing tentang siapa mereka sebenarnya, bagaimana mereka sebenarnya...hahaha. Tapi ada something yang kadang-kadang kita selalu terlepas pandang dan terus melakukan kesilapan itu.

Kita tidak tahu bagaimana kah kita di mata orang lain. Apa orang lihat? Bagaimana orang membuat andaian tentang kita bila melihat kita? Pernah terfikir? Aku selalu terfikir, apa aku di mata orang? Apa kah dengan cara aku yang aku pilih, iaitu untuk terus menjadi diri sendiri dan buat sesuatu mengikut kehendak aku boleh di terima orang lain? Atau ada kah ia akan membuat orang rasa annoying dengan cara kita bergaul dengan orang? Aku takut betul tentang hal ini. Sungguh.

Kita sering fikirkan tentang kelebihan kita. Sembang itu, sembang ini, canang kan kelebihan kita pada orang lain, namun tahu kah kita tentang kelemahan kita? Ia sesuatu yang sukar untuk kita sendiri kenal pasti. Bagi aku, kelemahan kita hanya sesetengah orang sahaja yang boleh kesan. Siapa? Pastilah musuh kita, siapa lagi. Musuh akan mengkaji tentang kelemahan orang yang tidak disukai nya, bukan? Ia fakta yang aku rasa benar.

Jadi, kita harus lah kenal diri kita sebelum kita hendak kenal orang lain. Fahami dulu tentang diri kita sendiri, kuasai diri sendiri, jadi maharaja dalam minda sendiri...baru lah kau lebarkan empayar minda kau dan cuba memahami tentang orang lain. Ia penting agar kita tidak dibenci oleh orang apabila melakukan sesuatu yang kita rasa okay, tapi kita tidak sedar yang ia menjengkel kan dan membuat orang rasa, "eh, apahal budak ni...poyo je...".

Bagi aku, apa yang aku rasa aku luahkan dan kongsi agar aku tidak lagi jadi seorang budak lelaki yang sembunyi di sebalik kaca mata hitam dia, pasif dan tidak mahu bersuara untuk menyampai kan sesuatu. Ia sesuatu yang buruk, sungguh buruk. Kita ada hak untuk bersuara, suarakan apa yang kita rasa dan kita fikir. Kalau kita tak bersuara, siapa yang akan faham kita, lalu orang lain akan terus memandang kita dengan pandangan jelek. Yang paling penting, jangan letak tempat kita sebagai orang yang sentiasa betul. Ia sama seperti lampu merah untuk membiarkan orang membenci kita. Terima kasih membaca. =)

No comments: