8.13.2012

Masa Mengubah Persekitaran Yang Dipenuhi Manusia Yang Mudah Berubah

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan.
Tahun berganti tahun dan ia tak pernah berhenti berganti. Lepas satu, satu lagi. Berganti lagi dan lagi.

Masa berubah, dan dalam tidak sedar bukan masa sahaja yang berubah. Persekitaran juga ikut berubah mengikut masa. Mungkin mereka disekeliling kita juga berubah. Kemungkinan itu ada dan ia mungkin terjadi. Mengikut masa dan persekitaran yang berubah. Lalu, adakah kita harus menyalahkan masa yang terus berganti dan mengubah semuanya dan ia tidak lagi seperti dulu?

Namun yang menjadi persoalan dalam kotak minda aku, adakah setiap perubahan itu memberi kebaikan kepada mereka yang berubah? Atau keburukan itu lebih banyak? Hinggakan sesuatu perhubungan yang dahulunya erat semakin lama semakin longgar dek kerana masa yang berubah dan mempengaruhi mereka itu dan mengubah mereka menjadi seseorang yang berbeza? Apa yang berubah sebenarnya? Siapa yang mengubah semuanya?

Celaka.
Usaha mencari jawapan untuk soalan yang aku cipta ini buat aku pening kepala.

1 comment:

Tasya Fyna said...

There are pros and cons in everything that happens and they happens for reasons