5.24.2011

New Place, New Environment.


Hari ni aku mula daftar di Universiti Tunku Abdul Razak, Kampar, Perak. Well...akhirnya dapat juga aku terus kan sesi pembelajaran aku. Lama aku rehat kan otak ni. Tapi, rehat aku yang lama tu berbaloi juga sebab sekarang aku dah jadi siswazah semula. Sekarang aku pelajar UTAR.hahaha. Okay...poyo.

Mula-mula datang tadi, aku dah menjerit sorang-sorang dalam kereta. Ramainya lah orang nak daftar hari ni...dan paling best semuanya berbangsa cina. Bukan nak perkauman lah kat sini, tapi memang semua Chinese. Patut lah bila aku cakap aku masuk UTAR, orang semua pelik terutama orang cina.hahaha.

Selesai daftar semua, tiba-tiba ada seorang amoi (ehem2..) datang sapa aku. Aku sahut lah kan. Dia nak interview sikit lah. Mungkin sebab dia nampak aku je pelajar melayu yang daftar hari ni. Nampak pula dia aku ni dalam 4000 ribu pelajar cina yang lain tu.hahaha. Macam-macam lah dia tanya...aku pun jawab lah.Muka dia kagum dan mata bercahaya macam dalam komik dan anime jepun tu dengar jawapan aku.hahaha. BTW, aku amik Bachelor in Journalism.hahaha.




Lepas dah selesai interview tu, dia amik gambar aku.Pergh..bangga jap. Rasa macam artis sebab aku tengok mamat yang pegang camera tu tak ambil gambar orang lain pun.hahaha. Dia pakai Sony α kot...aku dah teruja dah tengok camera tu.hahaha. Tak pe..nanti aku dapat gak satu.hahaha. Lepas tu aku pusing-pusing lah kampus. Besar gila. Tak larat nak jalan sampai semua block. Yang best library dia dah sama tinggi dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka dah.hahaha. Best gila.hahaha. 

Aku dah tak sabar nak mula belajar. Bersemangat betul aku. Ya lah, lepas aku gagal dalam acara melukis di atas kertas kosong, aku rasa aku nak cuba ubah nasib aku ni.hahaha. Ya, aku serius. Apa pun kawan-kawan tolong doakan aku ya. Doakan yang terbaik buat aku dan moga Allah terangkan hati aku ni. Amin.

P.S: Amoi bersepah lah sial! hahaha. aku dah rambang mata. *__*"




2 comments:

Nailah703 said...

I'm interested in UTAR's bachelor of journalism too!!! How was it? The lecturers, the subjects, the students???

Nailah703 said...

I'm interested in UTAR's bachelor of journalism too!!! How was it? The lecturers, the subjects, the students???