12.12.2010

Aku Tak Bodoh.

Hari ini aku keluar bersama kakak dan adik untuk menonton wayang. Lama tidak keluar bersama adik beradik ini.hahaha. Seronok juga walaupun sekadar pergi tengok wayang dan balik. Baik, kembali ke niat asal. Hari ini nak review sikit tentang filem baru yang telah ditonton yang bagi aku layak diangkat filem terbaik tahun ini mungkin.


Ok. Filem melayu yang diadaptasi daripada sebuah karya dari Singapura kalau tak silap aku bertajuk "I'm not stupid" mengisahkan tentang luahan hatiseorang kanak-kanak berusia 8 tahun yan dilahirkan dalam sebuah keluarga yan berada juga di ibu kota.

Filem dimulakan dengan monolog dari fikiran seorang budak kecil berusia 8 tahun yang urang kasih sayang dari keluarganya. Jefri adalah seorang pelajar yang cerdik dan bukannya bodoh dan tidak berguna seperti ibu dan bapa dia sering kata kan padanya.

Dia rasa tidak dihiraukan ibu bapa yang pentingkankerjaya lebih daripada anak-anak meraka sendiri hingga sanggup mencuri semata-mata hendak mengumpul RM500 untuk sejam dari ayahnya untuk hadirkan diri ke pementasan tahunan nya.



Jefri mempunyai seorang abang yang bernama Roy. Roy adalah seorang pelajar yang pintar dalam dunia teknolgi dan seorang bloggeryang bagus hingga dapat anugerah blogger terbaik. Tapi, dimata ibu bapanya dia hanya seorang anak yang menyusahkan dan mendatangkan banyak masalah kepada mereka.

Mereka tidak pernah memberi kata-kata pujian kepada Roy atas segala kajayaan yang dia kecapi tetapi hanya memandang rendah kepadanya. Segala luahan hati mereka berdua langsung tidak diendahkan. Hinggakan mereka berkomunikasi melalui nota kecil yang ditampal di peti ais.Dengan rasa diri tidak dihargai, Roy mencari ketenangan dan kegembiraan di luar. Rumah baginya adalah tempat untuk makan dan tidur sahaja.

Roy ada seorang kawan baik yang telah dia anggap seperti saudara kandungnya sendiri. Sudin sentiasa bersama dia di saat senang dan susah. Sudin berasal dari sebuah keluarga yang susah. Ayahnya seorang bekas banduan. Ayahnya selalu memukul, memarahinya, seperti Sudin masih kecil.

Sudin seorang pelajar yag bermasalah disekolah. Sikap panas baran dan keras kepala dia membuatkan dia suka bergaduh da suka mencari masalah hingga dia di buang sekolah. Dia mula terjebak dengan kumpulan gangster.


Korang semua kena lah tonton cerita ni kat pawagam yang berhampiran. Ia bukan sesuatu yang merugikan kerana cerita ni banyak terapkan isu kekeluargaan yang sering difikir sebagai satu benda yang remeh.

Ibu bapa kena lah dengar luahan dari hati anak-anak mereka. Bukan sekadar makan sarapan bersama selama 15minit sudah mencukupi. Mereka perlu masa dari ibu bapa untuk bersama-sama luangkan masa sebagai sebuah keluarga yang gembira.

Usaha anak-anak janganlah dipandang remeh sahaja. Mungkin anak-anak ada bakat sendiri yang tidak disedari oleh ibu bapa. Kalau minat anakdah kearah itu, kenapalah nak dikritik sampai jatuh, remuk, berdarah-darah hati anak itu. (hiperbola nya.)

Selepas menonton cerita ini, aku bergenang lah juga dalam panggung tu. Walaupun bukan semua sama macam yang aku lalui, sedikt sebanyak tempiasnya terkena juga kat aku. Sedikit sebanyak ia dapat menyedarkan aku tentang usaha ibu bapa untuk membesarkan aku dan memberi pendidikan kat aku yang malas ni.

Cerita ni sebenarnya sangat lah lucu. Ditambah dengan 'punchline' yang menarik buat penonton dalam panggung tu semua tak kering gusi. Cerita ni sesuai lah kalau pergi tengok bersama keluarga, daripada ayah, ibu, abang, kakak, adik, membawa ke saudara mara pun boleh sama-sama tengok cerita ni. Rating dari aku, 5/5 untuk sebuah filem yang meninggalkan kesan dalam hidup aku.


2 comments:

Zafira said...

Aku dah tonton I'm Not Stupid. I mean the original one. Versi Singapura itu.

Aku menangis dan rasa betapa bodohnya mnausia yang menganggap manusia lain bodoh dan tidak punya apa-apa. Huh.

Ariff Masrom said...

tau.ada tgk juga.sedih juga.