Hello dan As-salam. So, semua sihat? How was your weekend? Okay tak? Harap-harap okay lah ye..hahaha. Okay, hari ni aku pergi Ipoh, cuti kan hari ni so aku ambil keputusan nak rehat kan otak ni.. Dah macam zombie dah aku. Kalau tanya classmate aku, mesti diaorang cakap yang aku macam zombie.hahaha. Aku lepak coffee bean tadi. (macam poyo je). So, bila lepak situ aku pun apa lagi buka radar aku dan mula observe human behaviour sekitar aku. Tiba-tiba aku ternampak awek ni dengan kawan-kawan dia. Gelak-gelak sebab awek ni dapat coklat berbalut-balut lagi.hahaha.Katanya dari secret admirer.hahaha. So, aku rasa nak cakap something lah.hahaha.
Okay, coklat dan secret admirer. Kenapa dua perkara ini sering kali di kait kan antara satu sama lain... contohnya, bila seorang gadis ni dapat coklat bawah meja di sekolah. Pernah alami tak benda ni...? mesti pernah kan. Jadi, kenapa agaknya jejaka akan bagi coklat sebagai tanda yang dia secret admirer? haa.... nak tahu tak..? Bagi aku lah, ada beberapa alasan yang aku rasa agak munasabah kenapa jejaka akan letak atau bagi coklat kepada gadis ang mereka suka secara rahsia.hahaha.
Pertama, coklat tu manis. Manis macam gadis tu lah.hahaha. Bila manis bertemu manis, apa yang berlaku? Mesti lah kemanisan berganda.hahaha. Kemanisan berganda tu ialah senyuman si gadis tu bila dapat coklat.hahaha. Di tepi coklat tu, akan ada sekeping nota berbunyi, sebagai contoh, "awak nampak comel lah hari ni...". Tu kalau budak-budak sekolah lah, tapi kalau budak-budak kolej atau universiti ayat bunga-bunga sikit... " awak nampak comel lah hari... baju pink tu memang kena dengan tono kulit awak... " . Haa... tu kira pujian ikhlas tu dari secret admirer tu. So, bermula lah episod coklat dan secret admirer.
Ke dua, bagi aku... gadis memang suka makan coklat... kan? betul tak? susah nak jumpa gadis tak suka makan coklat. Jadi, ia macam satu salam perkenalan lah juga dari secret admirer tu pada gadis yang di sukai nya itu. Tapi, dia ni bukan stalker tau. Cuma, secret admirer je. Jangan salah anggap lepas tu takut tak tentu pasal. Hahaha. Tapi kalau dapat yang psycho tu, jaga-jaga lah ya. Tapi kalau dah psycho dia tak bagi coklat kot.hahaha. Aku tengok ramai gadis suka Cadbury Black Forest.. betul ke? sebab kalau dapat Cadbury Black Forest tu, mesti muka jadi macam spongebob malu, blushing gila-gila punya.hahaha.Ni dari apa yang aku observe lah kan.hahaha
Jadi, coklat ni memang lah sesuai untuk di jadikan sebagai tanda yang awak tu seorang secret admirer. Ni bagi aku lah kan. Tapi lagi best kalau korang beli coklat yang untuk masak tu, lepas tu korang buat lah moist cake ke, biskut chocolate chips ke, apa-apa lah kan..yang pentin gkorang buat sendiri. Sebab, air tangan ni ada power sikit tau. Percaya lah cakap aku.hahaha. Nanti aku pun rasa nak try juga lah. Buat moist cake.hahaha. Kena tengok Jamie Oliver masak lah lepas ni, bagi master sikit. Budak 12 tahun boleh masak macam-macam, tak kan aku tak boleh kan...So, sekiranya korang ada dapat coklat bar dalam beg ke, bawah meja ke, dalam raga basikal ke, jangan terkejut lah. Mungkin anda tu comel dan ada secret admirer.okay... Moga dapat coklat banyak-banyak.... =)
" Awak tu comel, so jangan lah rendah diri sangat dan selalu cakap
yang awak tu tak comel dan tak layak ada secret admirer. Awak comel. "
P.S: Kadang-kadang lelaki pun ada dapat coklat juga. Jangan jealous.... *winks* =)
4 comments:
tingin mse bchenta dulu salu dpt coklat..
ada dapat juga kan?? hahaha. =)
kat sekolah dulu aq bagi coklat kalau awek aq marah ngan aq je. tros cair lah. ahaha =D
coklat pun memang mudah cair..hahaha
Post a Comment