Dan mungkin tiada apa
Yang mampu membezakan aku dan mereka
Atau mungkin untuk dibandingkan
Kelayakannya sahaja aku tiada
Aku tetap tahu
Tentang kedudukan itu
Aku hanya se-orang pria
Yang menanti cinta
Yang dipanggil cinta dari syurga
Berteleku di kaki langit
Bersama jiwa se-orang pria yang tenang
Mengharapkan cinta dari syurga datang
Dan menyemai benih-benih cinta semula
Di dalam jiwa kosong
Yang dulunya dihiasi taman bunga dan rama-rama
Walau jauh di dasar hati paling dalam
Aku tahu sesuatu yang penting
Permintaan aku sukar dipenuhi
--- Izinkan aku menjadi Aurora di langit mu, dan aku akan bersinar sentiasa.
7 comments:
jangan berhenti bersinar.
Selagi langit tidak mendung. :)
Insya-Allah, if you have faith, it won't fade away :)
Masih mengharap "dia" turun untuk berjumpa dengan sang pria. :)
Kalau "dia" memang rusuk kiri si pria, "dia" akan tiba
doakan ya. semoga cepat jumpa. :)
Insya-Allah :) Amin!
Post a Comment