As-salam. Okay, hari ni aku rasa nak bagi pendapat aku bagaimana manusia luahkan perasaan mereka pada orang lain atau pun pada masyarakat tentang apa yang mereka rasa. Manusia hanya ada 2 je jantina iaitu lelaki dan perempuan. Ternyata memang ada perbezaan antara lelaki dan perempuan. Oleh sebab itu, ada lah juga perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam cara meluahkan perasaan mereka pada orang lain.
Bagi aku, perempuan ni sangat fragile. Well, aku cakap secara general lah ya. Bukan semua fragile, i mean ada juga yang tegas, cekal, dan berdedikasi. Macam nama kelas masa sekolah dulu. hahaha. Tapi, kebiasaannya gadis dan wanita akan luahkan perasaan mereka melalui action. I mean kalau mereka sedih, meraka akan menangis, kalau gembira pula akan gelak sekuat hati... dan macam - macam lagi emotion yang mereka ada. So, back to the topic bagi aku perempuan memang mudah luahkan perasaan mereka.
Bagi aku, sebagai seorang lelaki... aku sukar nak luahkan perasaan aku pada orang lain. Aku suka macam diam-diam, pendam je apa yang aku rasa dan lepas tu aku buang semua diatas kertas. Maksud aku, aku luahkan perasaan aku dalam bentuk tulisan. hahaha. Mungkin pelik tapi sekurang-kurangnya aku ada cara sendiri untuk luahkan pada dunia apa yang aku rasa pada apa yang aku lihat setiap hari.hahaha
Kalau kalian ada baca post-post aku yang dulu, aku akan update pasal seorang gadis ni je. Apa yang di buat, apa yang dia cakap kat aku, well... mungkinbagi korang aku macam stalker, tapi bagi aku, aku just ambil berat pasal dia je.hahaha. So, aku akan cerita pasal dia, buat lagu untuk dia... I mean macam lyrics lah untuk nyatakan apa yang aku rasa. tapi satu pun aku tak bagi kat dia.hahaha. Tapi tak tahu lah kalau dia tahu yang semua tu untuk dia. Okay, cukup pasal benda tu.
" aku suka gambar-gambar macam ni sebab ia tunjukkan apa yang aku rasa."
So, pada aku memang lelaki sukar nak ucapkan atau luahkan apa yang mereka rasa kerana bagi aku, sebagai lelaki aku ada ego lah...biasa lah ego seorang lelaki.hahaha. Jadi, aku tak tunjuk perasaan aku, i mean apa yang aku rasa kat orang lain. Tapi seorang je yang tahu apa yang aku rasa kat dalam ni dan dia seorang perempuan.hahaha. Siapa lagi kalau bukan mama ku tersayang. Aku membesar depan mata dia, mesti dia tahu anak dia yang pelik ni macam mana perangai dia.hahaha.So, bagi aku kita semua ada hak untuk ekspresikan perasaan kita ni macam mana yang kita suka.kan??
"Let it go... jangan simpan perasaan tu. Nanti makan diri. Betul tak? "
7 comments:
herm.... berperasaan.. camne lau x pndai luah perasaan?? eak??
pernah doa tak? doa tu macam luah perasaan juga. So, bila kita luah kan perasaan tu yang penting kejujuran.
=)
herm.. btol... apa cara skalipun eak??
yes.yang penting kita kena jujur bila luahkan nya. =)
sAYA PERLUKAN SESEORANG UNTUK LUAHKAN APA YANG SEDANG MENIKAM DI BENAK INI. STRESS SANGAT2. TOLONG SAYA.
yes. hmm. maybe kite bole sama2 share masalah
Masalah yg sukar diluahkan, bimbang disalahtafsir, hati makin terluka
Post a Comment