6.08.2011

Rahsia kejayaan seorang pelajar universiti


Okay. Hari ini aku ada baca satu artikel tentang rahsia nak jadi pelajar yang cemerlang. So, sebab aku ni pelajar universiti, so aku cuba talk about university's student lah okay. Btw, its not a secret lagi lah sebab nak share dan artikel tu pun di baca oleh ramai orang. So, i consider this as me sharing some information yang aku rasa betul dan aku akan buat.

1. Environment
-Okay, bagi aku yang penting untuk lebih bagus atau dapat keputusan yang lebih cemerlang dalam pelajaran di universiti, environment amat penting bagi aku. Well, aku dah belajar di 3 tempat sebelum ni, so secara tak langsung aku dah terbuat kajian dan some observations kat tempat-tempat ni. Okay, kita tahu yang orang cina memang ada satu sifat yang aku pasti jarang kita boleh lihat pada diri bangsa lain. Aku bukan nak racist kat sini tapi memang betul. Orang cina ni memang sangat RAJIN! I mean it. Nak tengok contoh?? 


" Macam ni lah hari-hari sebelum masuk kelas. True story. "


" The best part is kelas pukul 9, but gambar kat atas ni pukul 8.30"

Mereka dah berkumpul 30 minit lebih awal. Secara tak langsung, aku yang Melayu ni jadi rajin dan datang awal juga untuk dapat tempat depan sekali dalam dewan kuliah. Kenapa aku nak duduk depan dalam bilik kuliah, you can read it at here lah... So, selama ni aku sekadar belajar dengan budak Melayu je yang act just bercakap lebih dari belajar. Jadi bagi aku, persekitaran sangat memainkan peranan penting.

2. Diri sendiri dan kepercayaan.

- Okay, diri sendiri maksud aku adalah seperti kita sendiri yang kena train diri kita ni agar jangan jadi malas dan suka buang masa. I mean, kenapa library tu dicipta dan ada banyk buku dalam tu tapi act yang datang just budak-budak berseluar singkat, rambut tersisir rapi ke kanan dan berkaca mata tebal? Adakah library ni hanya untuk golongan sebegitu sahaja. Kalau kita sendiri yang malas atau pun kita dah mind set kita yang library ni boring dan tak happening langsung, well... tak payah nak merungut kalau keputusan ala kadar. Act, library ni budak rambut perang boleh, seluar baggy boleh, budak rambut pacak boleh, semua orang boleh.hahaha. Kenapa tak nak pergi? Pilihan anda yang buat.


Dan yang penting, kepercayaan kita. Kalau kita nak berjaya dalam hidup kita mesti lah minta pada yang satu, iaitu Allah S.W.T. Dia yang bagi kita kejayaan atau kegagalan. Setimpal dengan usaha yang kita berikan.Jangan lupa untuk sentiasa menadah tangan dan doa agar kejayaan tu jadi milik kita dan sentiasa jadi milik kita. Tak susah pun.Dan Allah dah bagi kita peluang untuk berbicara dengan dia 5 kali sehari, tak lama pun cuma 10 minit je. Jadi, kepercayaan kita juga penting untuk jadi pelajar yang baik. Sebagai contoh, biasanya budak yang dapat keputusan cemerlang, contohnya SPM mesti budak yang boleh dikatakan kuat agamanya.

Jadi di sini aku nak cakap bagi aku tiada istilah rahsia untuk dapat kejayaan. Benda tu semua kita dah tahu tapi tak terlintas pun kat minda ni nak buat, betul tak? Jadi, apa kata mulai hari ni kita ubah mind set kita untuk jadi pelajar yang lebih bagus dan kita compete dengan pelajar bukan bumiputera tu dan tunjuk yang melayu bukan malas dan kita juga boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah tapi kita boleh lari lebih laju dari mereka.

Peace yaw! As-salam.


"There's no such things as ugly people. Only ugly personalities. Think about it..."

No comments: