Sudah lama,
"Mungkin sudah tiba masanya",
Bisikku pada telinga kiriku,
Kenapa kiri?
Aku sendiri tidak tahu.
Sekian lama aku di sini,
Berdiri pegun,
Tidak bergerak,
Sekadar melihat, mendengar, dan merasa,
Peredaran masa dan ruang,
Dan aku masih di sini.
Pegun, tidak bergerak,
"Ah, aku tidak mahu terus begini",
Terdetik di dalam hati,
Dan aku melangkah ke kanan,
Tidak mahu terus di sini,
Sekadar pemerhati di antara garisan,
Perbezaan antara realiti dan fantasi sebuah kehidupan,
Dan aku memilih untuk ke alam realiti.
Di sini aku sekarang.
No comments:
Post a Comment