1.06.2012

Pengalaman.

Kau karang rancangan hidup yang baru,
Menulis semula selepas di beri tunjuk ajar,
Oleh guru yang paling hebat,
Mengubah cara hidup yang dahulu,
Dia mampu lakukan semuanya,
Membuat kau terduduk ke lantai,
Berdiri megah di atas kaki sendiri,
Berpeluk tubuh sambil tersenyum puas,
Dan tidak lupa menadah tangan,
Sambil mata berenang-renang dengan air mata,
Penangan si guru hebat,
Yang di panggil "Pengalaman".

No comments: