7.30.2012

Berikan Aku Belon Yang Diikat Batu Dihujung Talinya

Jadi aku terlepas pandang
Sehingga aku lupa dan alpa
Yang rasa bersyukur itu harus ada
Ah, aku buka mata tapi aku buta
Aku buka minda tapi aku alpa
Teruk sungguh

Dan setelah terbang ke atas
Jauh ke atas tidak lihat belakang
Hingga aku terlupa
Realitinya aku masih memijak tanah
Kaki berpasung
Di atas tanah
Ketat

Jadi aku pulang semula ke bawah
Tinggal kan apa yang aku ada semasa terbang
Dan aku hidup dalam realiti
Aku
Tetap memijak tanah

No comments: