6.05.2012

Tolong Aku Untuk Tolong Dia

Tolong aku
Berikan aku secawan air susu soya panas
Agar dapat di cuci
Titik hitam di dalam hati
Yang semakin menjadi-jadi

Tolong aku
Berikan aku sepinggan kegembiraan
Tidak mahu lagi hidup begini
Suram dan muram sepanjang hari
Menanti akhir sesebuah hari

Tolong aku
Berikan aku semangkuk kebahagiaan
Tidak mahu lagi bertengkar
Hilang nikmat dunia yang dijanjikan
Jika suami dan isteri bertengkar
Dengan kekuatan suara seakan-akan halilintar

Tolong aku
Bungkuskan setiap apa yang aku minta
Aku teringat jiranku
Dia tidak segembira aku
Dia tidak sebahagia aku
Kerana ada titik hitam di hatinya
Yang sering menghantui hidupnya.

Dan
Bungkuskan aku lagi satu
Air susu soya panas.

No comments: