8.30.2012

Seorang Anak Kecil Menunggu Gerimis Jatuh Ke Tapak Tangannya

Dia seorang gadis comel
Seorang anak kecil
Yang gemar melihat hujan turun
Percikan air yang menghasilkan bunyi asyik
Dia tidak mahu hujan yang lebat
Bunyi yang dihasilkan tatkala
Air hujan lebat terkena cermin tingkap kamar biliknya
Membuatkan dirinya takut
Dan dia terpaksa bersembunyi di dalam selimut
Tidak dapat melihat hujan turun

Dia sukakan hujan gerimis
Dia akan menadah tangannya di luar tingkapnya
Gerimis turun dan membasahi tapak tangannya
Segala rasa akan bercampur aduk
Suka, duka, gembira, teruja, gelisah
Baginya gerimis itu ibarat air mata sang awan
Yang mengalir perlahan
Dan dia setia menanti di bawah
Menadah setiap lelehan air mata sang awan

Lalu,
Setiap kali dia terdengar
Guruh di langit
Bukan air di dalam tempayan yang di buang
Tapi dia bersiap sedia menanti di tepi tingkap kamar biliknya
Dia,
--- Seorang anak kecil yang menunggu gerimis jatuh ke tapak tangannya.

No comments: