Dia itu adalah gadis berpayung kuning, yang berdiri di hujung stesen kereta api ini. Gadis yang sama aku lihat berdiri di sana setiap hari bersama payung kuningnya. Gadis yang memakai blouse merah padam yang sama tidak berganti. Gadis yang sama mengenakan bun hairstyle untuk rambutnya di kepala. Gadis yang sama memakai kacamata hitam untuk menutuk matanya yang bengkak kerana selalu menangis.
Dia itu adalah gadis berpayung kuning, yang berdiri di hujung stesen kereta api ini. Gadis yang sama, yang pernah gembira dan tersenyum. Gadis yang diajak bercinta oleh seorang lelaki di stesen kereta api ini. Gadis yang sama tersenyum setiap petang apabila melihat lelaki yang mencintainya turun dari kereta api dan mengucup dahinya selepas seharian tidak berjumpa. Gadis yang sama memberi kopi dan roti yang dibawa bersamanya setiap hari.
Dia itu adalah gadis berpayung kuning, yang berdiri di hujung stesen kereta api ini. Gadis yang bermimpi untuk hidup selamanya bersama lelaki yang dicintainya. Gadis yang membayangkan mempunyai dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan bersama lelaki yang dicintainya itu dan sudah menyediakan nama untuk mereka. Gadis yang sama, tersenyum di hari persandingannya bersama lelaki yang dijumpainya di stesen kereta api yang sama.
Dia itu adalah gadis berpayung kuning, yang berdiri di hujung stesen kereta api ini. Gadis yang sama, di biarkan menunggu lelaki yang dicintai pulang di waktu petang. Gadis yang sama, yang setia menunggu lelaki yang dicintainya pulang walau pun sudah hampir seminggu tiada khabar berita.Gadis yang sama, membiarkan air matanya meleleh perlahan di pipinya dan sering berkata "awak, pulang lah cepat....saya tunggu awak.".
Dia itu adalah gadis berpayung kuning, yang berdiri di hujung stesen kereta api ini. Gadis yang sama, tetapi punya hati yang sedih dan kosong. Gadis yang tidak mampu menerima kenyataan lelaki yang dicintainya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Gadis yang pada waktu malamnya, sendirian di kamar dan memeluk bantal tidur lelaki yang dicintainya kerana terlalu merinduinya dan mengharap agar dia segera pulang.
Begitulah kisah gadis berpayung kuning.
Aku ini adalah lelaki berpayung kuning, yang berdiri di hujung stesen kereta api ini. Lelaki yang melihat gadis yang dicintainya. Setiap petang, aku akan berada di sini dan melihat gadis berpayung kuning di hujung sana. Sudah lama aku berdiri di sini. Tiada sesiapa yang sedar kehadiran aku, kerana aku datang hanya untuk melihat isteriku yang setia menunggu aku di tempat kali pertama kami bertemu. Aku tunggu kamu di sana ya, sayang?

2 comments:
lelaki berpayung kuning kejam! pergilah kata padanya "jangan di tunggu lagi"...
hehe..emo...nice!
Hahaha. Dia boleh tengok je.
Thanks! :)
Post a Comment