10.19.2012

Janji

Arman pulang lewat hari itu. Kerja yang menimbun di pejabat memerlukan perhatian yang khusus darinya. Sebagai seorang arkitek dan juga ketua projek termuda dalam sejarah syarikatnya, dia harus pastikan yang projek besarnya yang pertama ini menjadi sesuatu yang boleh dia banggakan. Sampai sahaja di rumah dia terus merebahkan badan di sofa. Rambut yang bersanggul kemas di biarkan lepas. Dia baring dan cuba melelapkan mata.

“ Abang, ni adik ada buatkan air untuk abang.”

                Sarah, satu-satunya adik yang dia punya menghidangkan kopi kegemarannya. Selepas permergian kedua ibu bapa mereka, Sarah Cuma ada Arman untuk dia berkongsi kasih. Tiada siapa lagi di dunia ini selain abangnya. Walau pun jarak usia yang agak jauh antara Arman yang berusia 35 tahun dan Sarah yang baru berusia 21 tahun, mereka tetap rapat. Dia bangun bersandar lalu mencapai cawan yang dihulur oleh Sarah. Dihirupnya perlahan. Dia tersenyum sambil menarik tangan Sarah supaya duduk di tepinya.

               “Terima kasih, sayang. Macam tahu-tahu je tekak abang ni minta kopi.” Arman berseloroh dengan Sarah sambil menggosok perlahan rambut adik kesayangannya itu. Sarah yang malu apabila dipuji tersenyum sambil memegang pipinya yang kelihatan sedikit kemerah-merahan kerana menahan malu. Arman memeluknya.

“ Hah…kenapa ni? Kenapa senyum-senyum ni? Ada apa-apa nak bagitahu abang? “
“ Esok ada hari majlis konvokesyen kat kampus. Adik dapat anugerah dekan untuk pelajar terbaik falkuti perubatan.  Abang datang eh? Dulu masa dapat anugerah pelajar terbaik falkuti, abang janji nak datang tapi abang tak datang pun.“

                Arman mengeluh perlahan. Esok dia harus berjumpa dengan kliennya untuk berbincang mengenai projeknya terbaru itu. Malamnya pula dia ada mesyuarat dengan kumpulannya. Bukannya dia tidak mahu pergi melihat adiknya menerima anugerah itu, tetapi dia sekarang ketua projek. Tanggung jawabnya menjadi semakin besar. Tapi demi menjaga hati adiknya dia berjanji untuk tidak lupa.

“ Kalau abang lupa, adik tak nak cakap dengan abang sampai bila-bila!”
“Amboi.. dah pandai ugut abang sekarang? Janganlah sayang. Nanti abang tak ada kawan lagi.  Siapa nak buat kopi untuk abang? Siapa nak main Scrabble dengan abang?”
“Ah, pandai-pandai abang lah nak buat kopi dengan main Scrabble sorang-sorang… Forever alone!!!” Kata Sarah sambil menjelirkan lidahnya ke arah aku. 

                Mereka berdua ketawa melihat telatah Sarah yang manja itu. Arman memeluk adiknya erat sebelum menyuruh adiknya tidur kerana sudah lewat malam. Dia akan berusaha untuk pulang awal esok dan pergi majlis anugerah kecermelangan adiknya itu.

                Keesokkan harinya, Arman sudah pun keluar dari rumah seawal 7 pagi lagi. Sarah menunggu Arman di dewan sekolahnya. Jam di tangan hampir ke pukul 12 dan batang hidung Arman masih belum kelihatan. Bayangnya juga tidak kelihatan. Sarah masih setia menunggu walau pun dia rasa sedikit kecewa. Abangnya lupa janjinya lagi.

Jam sudah hampir jam 1. Majlis akan bermula sebentar lagi. Dewan sudah pun dipenuhi dengan ibu-bapa pelajar-pelajar lain yang akan menerima anugerah pada hari itu. Dengan rasa hampa, dia berjalan ke belakang dewan untuk bersiap sedia menunggu gilirannya. Dia tidak henti-henti melihat jam di tangannya dan sesekali menjeling ke arah tempat penonton sekiranya abangnya sudah sampai, tapi kerusi yang disediakan untuk abangnya masih kosong.

                “Puteri Sarah Qistina Bt Mohd Zulqarnain! Pelajar Terbaik Fakulti Perubatan untuk tahun 2012!“

                Nama Sarah di panggil oleh pengacara majlis. Tiada senyuman yang terukir di wajahnya. Dia dapat rasakan ada air mata yang meleleh di pipinya. Dia mengesat air matanya yang membasahi pipinya dan naik ke atas pentas. Dari jauh dia nampak abangnya berdiri di hujung dewan sambil mengangkat tangan kanan dan melambai ke arahnya. Sarah tersenyum dan mengangguk ke arah abangnya.

                Selesai saja majlis itu, Arman membawa Sarah makan di restoran kegemarannya. Arman rasa sangat bangga dengan adiknya. Dia berharap sangat yang ibu bapanya ada bersamanya pada hari itu untuk melihat anak mereka berjaya menghabiskan pelajarannya. Adiknya kini seorang doktor.

“Terima kasih abang! Bukan ke abang ada 2 meeting hari ini?”
“Meeting tu tak penting. Adik abang ni lagi penting. Abang ada seorang je adik dalam dunia ni.”
“Habis tu, tadi abang keluar awal-awal pagi tadi abang pergi mana huh?”
“Abang pergi….beli bunga mawar merah kegemaran adik dan cuba teka apa?”
“Apa? Apa?”
“Tiket pergi bercuti ke Melbourne untuk adik abang!”
“Melbourne?! Yeah!! Terima kasih abang!” Sarah mencium pipi Arman

                Arman tersenyum melihat Sarah yang gembira begini. Sudah lama dia tidak melihat Sarah gembira seperti ini. Bah kan akhir-akhir ini dia lebih focus kepada kerjayanya dan tidak meluangkan masa langsung bersama adiknya. Sebenarnya Arman pergi kubur ibu dan bapanya pagi itu. Dia lupa janjinya terhadap ibu dan bapanya untuk sentiasa meluangkan masa untuk Sarah dan sentiasa ada untuk Sarah tidak kira apa yang terjadi. Arman bukan sekadar abang kepada Sarah, tetapi kini dia lah ibu dan dia lah bapa.

                “Abang cuma mahu adik gembira selalu. Itu sahaja yang penting untuk abang. Nanti kita pergi bercuti bersama-sama ya? Bro and Sister style! “ Arman dan Sarah ketawa bersama-sama dan dari jauh Arman terlihat bayang ibu dan bapanya tersenyum melihat kedua-dua anak mereka gembira dan bahagia.

2 comments:

Mellyana Sara said...

i love the story line tp, Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang PMR. :) betulkan ya. semak balik. hahahaah!

Fyn. said...

tersentuh hati . Tsk