Hujan turun dengan lebat petang itu. Aku berjalan dengan langkah yang lemah longlai. Tanpa payung di tangan, aku berjalan dalam keadaan basah lencun sendirian. Langkah terus ku atur, hinggakan kadang-kala aku hampir terjatuh kerana tersadung kaki sendiri. Dari jauh aku nampak dia duduk di perhentian bas di hujung jalan. Melihat aku yang berjalan seorang diri di dalam hujan lebat. Aku teruskan berjalan dan semakin menghampirinya. Ingin sekali aku menegurnya, tapi aku tidak mahu merasa sakit yang tidak tertahan. Aku menjeling dia yang terus melihat aku dari tadi. Akhirnya, ada satu suara memanggil aku, perlahan.
"Awak..."
Aku menoleh. Aku menyapu air hujan yang penuh di wajah aku. Aku lihat dia sedang duduk di perhentian bas dengan tangan kanannya menggengam erat sekaki payung berwarna kuning dan beg galas berwarna kelabu yang di peluk erat dalam pelukannya. Aku melihatnya sahaja. Aku amati dirinya dari wajahnya hingga ke kakinya dan kembali ke wajahnya. Ah, aku rindu dia. Sungguh, tapi aku tak patut rasa begitu. Aku mengalihkan pandangan aku dan melemparkannya ke tanah. Aku menggelengkan kepala sambil berkata di dalam hati, "Hati... jangan terlalu lembut. Sampai bila mahu biar disakiti lagi dan lagi?". Aku menyeka air mata yang mula mengalir dan bercampur dengan air hujan yang lebat. Aku memandangnya kembali, melihat wajah gadis yang aku rindu itu sebelum menyambung kembali perjalanan aku yang entah di mana hujungnya.
Aku tidak mahu lagi di sakiti. I'm not just an option. I'm more than that. Aku mahu gembirakan dia tapi sampai bila aku harus disakiti untuk lihat di bahagia dan gembira? Hanya tangan aku ini yang memberi tetapi tidak pernah menerima. Biarlah aku pergi meninggalkan dia. Demi kebahagiaan dia, biar aku yang sakit. Mungkin ada lelaki lain yang lebih sesuai dan layak untuk membahagiakan dia.
Dan dalam hujan lebat itu aku pergi meninggalkan dia. Buat kali terakhir.
No comments:
Post a Comment