Dia minta dipadamkan saja
Semua lampu-lampu jalan yang ada
Biarkan sahaja dia meraba-raba di dalam gelap
Mengejar cahaya untuk memeluk bayang-bayang
Untuk buat otaknya terus diam
---berfikir sendirian
Dia itu
jiwanya koyak
--Dihiris tajamnya sunyi
hatinya remuk
--Digenggam kuat rasa pedih
lalu anak itu terdiam
--- berfikir sendirian
Bukankah itu hati aku
Mengapa diperlakukan sebegitu
Kenapa dihiris begitu?
Kenapa digenggam begitu?
Kenapa senyum masih terukir?
Dan akhirnya
Aku sedar bahawa dahulunya
Aku hidup dalam ruang imaginasi aku sendiri
Yang sebenarnya tidak dimiliki oleh aku
Tetapi dimiliki oleh cinta yang bukan milik sesiapa.
Semua lampu-lampu jalan yang ada
Biarkan sahaja dia meraba-raba di dalam gelap
Mengejar cahaya untuk memeluk bayang-bayang
Untuk buat otaknya terus diam
---berfikir sendirian
Dia itu
jiwanya koyak
--Dihiris tajamnya sunyi
hatinya remuk
--Digenggam kuat rasa pedih
lalu anak itu terdiam
--- berfikir sendirian
Bukankah itu hati aku
Mengapa diperlakukan sebegitu
Kenapa dihiris begitu?
Kenapa digenggam begitu?
Kenapa senyum masih terukir?
Dan akhirnya
Aku sedar bahawa dahulunya
Aku hidup dalam ruang imaginasi aku sendiri
Yang sebenarnya tidak dimiliki oleh aku
Tetapi dimiliki oleh cinta yang bukan milik sesiapa.
No comments:
Post a Comment