Kali ini aku mahu menulis tentang kau
- seorang gadis biasa
Aku mendampingi hujan
Yang turunnya hanya renyai-renyai
Ia seperti menyambut
Esakan tangisan kau yang perlahan
Di dalam dakapan tanganku
Dalam setiap titis hujan
Terselit keluhan perlahan kau
Menyoalkan tentang hati dan perasaan
Tentang takdir dan ketentuan
Basah tubuhmu ditimpa hujan
Kering hatimu kemarau kasih sayang
Aku sering bertanya sendirian
---Kenapa? Kenapa?
Kenapa kau sering datang ketika hujan?
Menangis di dalam dakapanku
Tak mengapa gadis
Aku selalu ada
Dengan seulas senyuman
Dan setitis air mata
Aku berkongsi perasaan
Dan sedia menjadi matahari
Bikin pelangi di dalam hati
--- kerana wujudku tiada akhirnya
Sehingga tiba masanya
Jasad tidak bernyawa
No comments:
Post a Comment