11.29.2011

Berjumpa

Di dalam kesibukan orang ramai,
Disitu aku, berdiri tegak keseorangan,
Melihat setiap jiwa sibuk bersama teman mereka,
Aku melihat kiri ku, kosong,
Aku melihat kanan ku, lengang,
Dimensi ini seakan-akan cuma ada aku seorang,
Aku berjalan seorang diri, menanti apa yang ada untuk aku,
Dan di sana, aku terlihat seseorang, seorang gadis,
Seperti aku, berjalan seorang diri,

Aku rapati dia, ku hampiri gadis itu,
Aku teriak, "Awak, saya kat sini!",
Dia melihat pantas, Ah, mata itu,
Dan akhirnya aku berjumpa,
Kini aku tidak lagi berjalan seorang diri,
Kerana aku ada peneman di sisi ku,
Dan dia yang aku sayang,
Selalu.

2 comments:

neeruza olen said...

sweet laa .

Ariff Masrom said...

Bila jujur, mesti dapat rasa kan? :)