2.17.2012

Aku

Titik titik kecil,
Walau sebesar zarah pun,
bersepah di atas lantai,
Dipijak dan dipandang sekilas lalu sahaja,
Ya, itu aku dahulunya dipandang,
Kosong.

Bolehkah kiranya aku meminta,
Jadikan titik titik kecil ini,
Sesuatu yang sentiasa dipandang sama rata,
Tidak dipandang dan dipijak seperti itu,
Aku juga punya hati yang sama,
Aku juga mampu merasa yang sama,
Jangan biarkan aku sentiasa berada di bawah,
Aku mahu yang terbaik untuk diri ini,
Aku juga mahu.

No comments: