2.13.2012

Awak.

Ku senyum lagi hari ini,
Hatiku disinari gelak tawamu,
Susunan abjad masih tidak mampu ungkapkan rasa ini,
Tanya mereka, "berapa banyak kau sayang dia?",
Aku lihat mereka, sambil senyum aku menjawab,
"kalau boleh disukat sayang aku ini pada dia, aku rosakkan penyukat itu.
Jangan sukat sayang aku pada dia. Biar dia sahaja yang rasa...",
Maka, bila sekali aku cintakan kamu seperti ini,
Sampai bila-bila tetap begini,
Kerana aku sayang kamu,
Dan aku sentiasa tunggu kepulanganmu,
Disini aku tetap cinta.

No comments: