5.05.2012

Joanna


Aku masih berdiri di balkoni rumah. Aku melihat lampu yang seakan-akan menari di hadapanku. Kuala Lumpur. Tidak pernah tidur walaupun untuk satu milisaat. Lampu-lampu itu sahaja yang mampu membuat aku tersenyum malam ini. Tersenyum walaupun senyumankuitu pahit dan dapat dirasakan sakitnya. Aku menghembus asap rokok yang boleh dikatakan sudah sebati dengan dirinya. Perokok tegar seperti aku ini memang tidak boleh hidup tanpa rokok di sisi. Masuk kali ini sudah yang ke-5. Joanna masih tidak muncul-muncul lagi. Aku terus melihat lampu-lampu itu menari.

Kata Joanna, dia ingin datang lagi malam ini. Jadi, aku telah sediakan makan malam dengan lilin untuk menambahkan mod romantic untuk makan malam yang telah dirancangnya itu. Makan malam yang romantic berserta lilin, di malam Jumaat. Sempurna. Namun kali ini, aku tidak lah begitu berharap sangat. Selepas dua kali Joanna buat hal dengan membiarkan sahaja aku menunggu sehingga subuh. Aku hanya sediakan sahaja. Jika dia datang, baguslah. Jika tidak, tak mengapa. Kucing liar di bawah sedia menunggu makanan percuma seperti ini.

Aku bangun pagi ini dan aku masih di balkoni rumah aku.  Masih bersandar di dinding. Mungkin dari malam tadi aku tidak bergerak. Sakit juga belakang aku, tidur bersandar di dinding sepanjang malam. Matahari sudah mula bersinar. Joanna tidak datang lagi malam semalam. Ini kali ketiga aku ditipu olehnya. Ya, boleh aku kata dia menipu aku, walau pun aku tahu yang aku akan terus maafkan dia walau pun dia menipu aku untuk kali ke seribu. Baik sungguh aku.

Aku bingkas bangun dan berjalan ke dapur.  Pagi aku akan aku mulakan dengan sesi mengopi. Secawan kopi dah sebatang rokok di pagi hari sebagai sarapan, ia sudah cukup bagi aku. Aku biarkan laptop memainkan lagu Something About Us daripada Daft Punk. Bergema bunyi-bunyian elektronik di dalam rumah aku.  Aku kembali ke balkoni dan melihat kereta-kereta yang nampaknya seperti semut yang beratur panjang untuk memberi makanan kepada permaisuri mereka. Bersusun di jalan raya. Aku biarkan mereka dengan hidup mereka.

Tiba-tiba aku ternampak ada sehelai kertas di atas meja makan. Nota kecil. Tulisan ini, aku kenal. Ini tulisan Joanna. Nota ringkas yang ditulis untuk aku itu, sekali lagi menghapuskan dosanya menipu aku malam semalam. Ah, bagaimana mungkin aku tidak mencintai gadis ini. Atau mungkin benar kata orang, ‘Cinta itu buta’ dan Joanna buat aku rabun secara perlahan-lahan dan akhirnya aku buta.

Sayang, sorry I lambat semalam. I ada kunci spare. U ada bagi pada I tempoh hari. U ingat tak? Semalam U tidur lena sangat kat balkoni. I tak nak ganggu U. I rindu U, sayang. Tak puas tahu tak kiss dengan U yang sedang tidur. Malam ni I janji, I datang awal. By the way, thanks for the food. U memang pandai masak western food. I suka chicken chop tu. I love you, Arman.”

Dan sekarang baru aku faham makna mimpi ku yang aneh malam semalam. Aku tersenyum lagi dan rasa tak sabar menanti malam ini. Mungkin sesuatu yang menarik bakal berlaku.



2 comments:

APi said...

begitu mahal nilai setia itu..
mimpi datang indah, namun realiti jengah punah..

Ariff Masrom said...

Kadang-kadang setia tu ada rewardnya juga. Walau dalam mimpi sekali pun. Hahaha.