6.20.2012

Bintang Jauh Yang Jatuh

Wahai bintang yang jauh,
Berkilat kamu ku lihat,
Bercahaya kamu ku silau,
Melintasi langit hitam gelap ku
Sekadar itu sahaja
Tiada lebihnya yang dilakukan
Sama sahaja seperti biasanya
Semalam
Seminggu yang lalu
Sebulan yang lalu
Sama sahaja

Aku terus merangkak
Mengutip sesuatu di dalam gelap
Selepas hilangnya bintang di langit
Kedengaran bunyi kaca jatuh
Berselerakan di atas lantai
Ku meraba-raba di dalam gelap
Terluka tanganku
Berdarah meleleh tanpa henti
Aku kumpul satu persatu kaca yang ku jumpa
Ku cantumkan semula
Ia membentuk hati
Hati aku yang berkecai.

Bintang pun hilang
Tak menoleh ke belakang
Hati pun berkecai
Hilang sudah rasanya.

Wahai bintang jauh,
Semoga kamu jatuh
Ke atas tanah
Tetapi, disambut seseorang yang mampu menyambut
Aku tak boleh lakukannya
Tidak dipercayai
Tidak pernah rasanya.

No comments: