8.07.2012

Dan Aku Mencium Dahinya Di Bawah Menara Eiffel

Wahai gadis berjiwa ais
Di dalam bola mata kecilmu
Aku terlihat indahnya syurga
Bercahaya memandang tepat ke mataku
Membenarkan aku berkongsi
Indahnya syurga di matamu
Dan aku melupakan segala dukaku
Menyelam jauh ke dalam matamu
Meninggalkan kesedihan milikku
Di balik senja sang mentari petang

Bulan semakin terang bercahaya
Dan aku memeluk erat pinggangmu
Di bawah Menara Eiffel
Melihat cahaya terang menari-nari
Dan aku mencium dahimu di bawah Menara Eiffel

Lalu aku berbisik lembut ke telingamu
--- Selamat bercinta, wahai gadis berjiwa ais.

3 comments:

Tasya Fyna said...

Siapa si gadis berjiwa ais ?

Ariff Masrom said...

Someone in my mind.

Tasya Fyna said...

Dan awak sungguh manis