3.22.2011

Jejaka Pelik


Bagaimana hendak aku mulakan. Permulaan perkenalan yang bermula sekadar sapaan "hye" berterusan hingga ucapan selamat malam setiap hari yang diutus tanpa difikirkan apa mungkin ia dibalas dengan senyuman manis di hujung pesanan itu, dia tetap mengucapkan ucapan ikhlas selamat malam setipa kali hendak tidur. Tidak pernah lupa senyuman manis milik dia, seorang gadis ayu yang lembut dan sopan tutur bicaranya.

Aku tertanya-tanya, mahukah dia berkawan dengan aku, seorang lelaki yang rendah keyakinan diri nya, tenang tetapi sejuk umpama bongkah ais, yang punya pemikiran yang sering kali dikata pelik oleh teman-teman rapatnya, mahukah gadis itu berkawan denga jejaka pelik ini? Persoalan yang sering berlegar di dalam kotak permikiran besar miliknya itu. Aku khuatir kerana perasaan ingin berkenalan bertukar menjadi minat dan suka. Tapi aku terlihat ada orang disebelahnya, lalu aku tertunduk mengelakkan pandangan.

Malu, perasaan malu mengisi setiap sudut dalam diri ini. Mana hendak ku letak muka, kerana kejujuran telah dilakukan dengan menyampaikan isi hati padanya.Ah, aku tidak mahu malu. Biarkan lah aku jatuh cinta, tidak salah jika mencintai engkau yang dimiliki orang lain. Yang aku mahu hanya kau sentiasa gembira dan selagi ada terlihat senyuman manis yang buat aku tertarik itu, aku sudah cukup gembira disini. Dan aku faham, mencintai tidak semestinya memiliki.





No comments: