As-salam dan Hello, semua.
Anda rasa anda seorang yang gagalis?
Gagalis. Seseorang yang gagal dalam hidupnya. Anda rasa ia anda? Anda seorang yang gagalis?
Aku pernah jadi seorang gagalis. Banyak kali aku jadi seorang gagalis. Aku jatuh, aku bangun. Aku jatuh lagi, aku bangun lagi. Aku jatuh lebih teruk, aku bangun dengan tenaga yang lebih banyak. Kenapa aku terus bangun? Bagi aku aku, bila kita gagal ia adalah satu titik tolak untuk aku cuba lagi dengan cara yang berbeza, tenaga yang berbeza, pemikiran yang berbeza, semua nya berbeza. Itu, aku pegang dalam diri aku.

Proses hidup ini sangat misteri bagi aku. Ia datang tanpa di rancang. Kita tidak tahu apa jalan cerita nya, tetapi kita tetap cuba menulis cerita kita sendiri. Kebiasaanya orang yang gagal akan rasa sedih, murung dan seperti hilang harapan. Ini lah yang berlaku bila perasaan menguasai pemikiran waras kita. Bila dah rasa macam tu, pasti rasa hidup seperti tiada nilai dan ambil keputusan untuk bunuh diri. Si syaitan ketawa berdekah-dekah melihat mangsanya mati kerana mengikut perasaan.
Ayah kata, "Ariff, ayah tak marah ariff gagal. Ayah kenal anak ayah. Ayah tau ariff dah cuba sedaya upaya. Ariff cuba lagi ya. Jangan putus asa. Anak ayah bukan seorang yang mudah putus asa. Ariff cuba lagi, ya? " Kata-kata ini aku dengar seawal aku berusia 6 tahun. Saat pertama aku melangkah kaki ke alam pembelajaran secara formal, iaitu dengan pakaian seragam lengkap. Aku sentiasa mencuba, dan mencuba untuk dapat kejayaan. Bila kegagalan yang aku dapat, aku hampa. Tapi, pesan ayah buat aku sedar semula. Jadi, aku cuba lagi. Hebat kan ayah?
Jadi, janganlah kita hidup ni berfikiran negative sangat. Tak ke manalah kalau asyik negatif je. Kita kenalah stay positive, agar semua akan jadi baik dan lancar sahaja. Kalau jadi apa-apa pun, kita set kat otak yang pasti ada positive side dari apa yang berlaku. Cuba lah, sebab aku pun sedang cuba untuk jadi seorang yang positive. Macam cerita Yes Man tu. Tapi jangan lah sampai jadi macam dia. Dia tu dah tahap super saiya dah. Bila kita positive, orang pun suka dengan kita, orang senang dengan kita, hidup jadi lebih ceria, semua jadi lancar. Tak nak ke macam tu? Pilihan di tangan anda. Terima kasih. =)
No comments:
Post a Comment