6.25.2011

Kapal Terbang Kertas



As-salam dan Hello.

Peringatan. Post ini dibuat semasa aku sedang dalam keadaan separa sedar.


Sambil mendengar mixfm, mainkan lagu-lagu cinta yang buat aku seakan terbang.
Aku pernah cuba banyak cara untuk approach gadis. Tapi, gagal lah sebab aku ni bukan lah seorang yang manis mulut, mahu pun punya perwatakan yang menarik. Rupa pun tak sekacak jejaka lain kat luar sana. hahaha. Ya lah, kita kena lah sedar diri kan. Okay. Tapi, aku belum try satu trick ni lagi. Aku rasa trick ni boleh tahan juga tahap untuk ia berkesan dan buat gadis itu perasan pada aku.hahaha. Okay, poyo.




Act, ada seorang gadis ni dah jadi kutub utara untuk kutub selatan macam aku ni. Asyik tertarik sahaja. Nak kata cantik, tidak lah cantik mana. Tapi, dia ada "X" factor yang aku rasa tak ramai gadis yang aku kenal ada. Kawan-kawan aku pun cakap yang dia ni tak de lah cantik mana. Ada yang cakap...

"Apahal kau suka sangat kat dia,weyh?" , 
" Puii...amoi yang kat sana lagi holiau lah, boy.." , 
" Kau mesti belum tukar cermin mata kau. Power dah naik tinggi sangat tu..."

Hahaha. Mesti mereka tak pernah jatuh cinta kot. Kata orang, bila dah jatuh cinta tu, kentut pun bau bunga ros yang tengah mekar tu.hahaha. Chit, jiwangnya aku. hahaha. Tapi, dia lain lah. Dengan rambut ikat ponytail dia, cermin mata kecil untuk mata dia yang kecil dan comel itu, beg biru cair yang striking itu. hahaha. Itu antara yang buat aku tertarik. Yang paling kuat, sifat pendiam dan suka menyendiri itu. Awak tau tak, awak buat saya tertanya-tanya dan nak tahu tentang awak. Haih... jangan lah pendiam sangat.



Tak pe, lepas ni aku nak cuba trick baru tu lah. Aku nak buat kapal terbang kertas dengan kertas warna warni dan letak kat raga basikal dia tiap-tiap hari. Hahaha. Selit dekat buku dia, dekat beg dia. Serta kan nota sekali di kapal terbang kertas itu.hahaha. Ah, itu first step. Bila dia dah perasan, aku akan keringkan diri dan approach dia. hahaha. Okay, aku dah tak sabar nak buat semua ini. Cepat lah isnin. hahaha. 



P.S: Maaf, aku sedikit poyo malam ini. Aku rindu si gadis berbeg biru cair itu agak nya.


No comments: