4.07.2011

Review Filem 127 Hours.



Aku pasti ramai yang dah menonton filem hebat dari seorang pengarah hebat yang telah menghasilkan filem-filem yang hebat seperti Slumdog Millionaire dan 28 Days Later ini.Ini ialah buah tangan terbaru dari Danny Boyle. Filem ini dibintangi James Franco, Kate Mara, Kate Burton. Berlatar belakangkan kawasan pergunungan di America, ini pastinya sebuah filem yang menarik.

Filem ini adalah satu buah tangan kreatif dari Danny Boyle yang mengisahkan tentang Aron Ralsto, seorang pendaki gunung atau pun "hiker" yang pergi ke Blue John Canyon di Utah untuk mencuba menawan kawasan itu untuk kepuasan diri. Tapi sesuatu terjadi kepadanya di sana.

Filem bermula dengan Aron sedang mengemas peralatannya untuk mendaki. Aron perfi mendaki tanpa memberitahu sesiapa pun termasuk ibu bapanya dan kemudian menjadi satu tindakan yang amat dia sesali. Setibanya Aron disana, Aron terus memulakan pengembaraannya disana. Aron menaiki basikalnya dan terus mengayuh ke serata kawasan yang besar itu.

Kemudian, tiba masa untuk Aron mula mendaki dan disana Aron bertemu dua orang gadis yang juga pendaki sepertinya. Aron mendaki bersama mereka sehingga terjumpa satu tempat seperti kolam di celah-celah pergunungan itu dan mereka bermandi disitu.

Kemudian, Aron ingin teruskan mendaki dan bergerak sendirian. Disini segalanya bermula. Ketika Aron sedang mendaki, tiba-tiba dia tergelincir dan sebuah batu besar telah menghimpit tangan kanannya hingga ke paras siku. Aron mencuba sedaya upaya untuk melepaskan dirinya namun gagal. Sebagai seorang jurutera yang terlatih, Aron mengeluarkan segala peralatan yang dibawanya dan meletakkannya dia atasbatu besar itu.

Bagaimana anda hendak melepaskan diri jika batu besar telah menyekat tangan anda? Itulah yang difikirkan oleh Aron. Dia cuba segala-galanya untuk melepaskan dirinya. Aron tersekat disitu hampir 5 hari dan sepanjang 5 hari itu adalah waktu-waktu yang sukar untuknya.

Dari mengelakkan badannya mengalami "dehydration", dia terpaksa meminum air kencingnya sendir untuk terus hidup. Semasa dia tersekat, banyak imej-imej yang terimbas dikepalanya. Dia merakam semua ini dengan "Handy Cam" miliknya yang dibawa sekali.Apa yang terjadi kepadanya, anda haruslah menonton filem ini.

Bagi saya, ini adalah sebuah filem yang sangat bagus. Ia memberi satu suntikan semangat buat penonton untuk terus hidup dan berusaha walaupun telah jatuh beribu kali. Ini adalah sebuah kisah benar yang diadaptasi dari sebuah buku bertajuk "Between A Rock And A Hard Place" nukilan Aron sendiri.

"Buka minda anda ketika menonton filem ini dan
cuba bayangkan anda ditempatnya, adakah anda akan berputus asa dan mati
atau terus usaha untuk hidup untuk kongsi perasaan anda,
ANDA YANG PILIH"

No comments: