5.26.2011

The Unknown Town





Serius aku cakap...aku tak pernah dengar nama Kampar ni. Aku rasa ramai juga yang tak tahu Kampar ni kat mana kan... Ye lah..exit highway pun xde. Tengah-tengah antara Tapah dan Gopeng...hahaha. Tak pernah dengar nama Kampar, apa tah lagi terfikir nak duduk atau menetap di sini kan... tapi di sini lah aku akan menetap selama 4 tahun pembelajaran aku di Universiti Tunku Abdul Rahman atau UTAR.

Ditubuhkan pada tahun 1887, bandar ini terletak di Lembah Kinta. Ada banyak lombong timah di pinggiran Kampar. Kebanyakan dari mereka didirikan di akhir abad ke-19, berkembang pada tahun1900-an, hanya untuk stagnan dan menurun setelah Perang Dunia I, dengan pengecualian letupan menggembirakan pada tahun1920. Sebahagian besar telah ditutup selepas kejatuhan industri.Yang jadi mercu tanda tak silap aku ada Menara Jam kat Old Town sana...

Life kat sini okay lah.Yang aku suka sini permandangan yang cantik kat sini. Memang indah. Ya lah...kawasan kampung kan. Hijau je. Sejuk je mata tengok hijau-hijau ni. hahaha. Tenang pun ada juga rasa bila duduk kat tempat macam ni. Sejuk je.hahaha. Sini majoriti orang cina, so memang bersepah lah leng cai dan leng loi kat sini.hahaha




Ni kat dalam UTAR. Nampak tak basikal-basikal tu semua? Siap ada tempat parking macam kereta tau tak. Sini bersepah orang tunggang basikal. Hahaha.Seronok je tengok pelajar-pelajar tu tunggang basikal ramai-ramai pegi kampus.hahaha.friendly sungguh. Aku kena biasakan hidup kat sini. Ya lah, majoriti chinese. Kena pandai bergaul dengan orang lah. Baru senang nak hidup kat sini. Apa-apa pun, isnin depan dah start kelas pertama aku. Lama tak masuk dewan kuliah...rindu pula.hahaha. 


P.S : "A journey of a thousand miles begins with the first steps. We have taken many steps. Let us march forward in this struggle to achieve the goal." 



No comments: