6.01.2011

Sosiologi


Aku belajar sesuatu yang baru hari ini. Sosiologi. Bukan perkara yang mudah untuk difahami. Ia suatu perkara atau bagi aku satu sejarah yang akan terus ditulis kerana ia melibat ekonomi, psikologi, sains politik, dan antropologi. Sosiologi amat menarik untuk dipelajari kerana ia ibarat mempelajari manusia dan mengenal pasti bagaimana seseorang itu berfikir dan bertindak.

Bagaimana aku tidak berminat dengan pelajaran ini, jika ia mengenai sesuatu yang aku minati iaitu mempelajari bagaimana manusia berfikir atau pun psikologi. Walau pun ia tidak seperti psikologi yang lebih khusus ke arah mempelajari tentang pemikiran, tingkah laku, dan emosi manusia. Aku akan jadi pelajar yang sentiasa duduk di kerusi depan dalam bilik kuliah dan sentiasa mengakat tangan kanan untuk bertanya kepada pensyarah tentang apa sahaja yang terlintas di kepala aku.

Dengan izin-Nya, aku ingin menuntut ilmu supaya menjadi seorang manusia yang lebih baik dan cemerlang untuk Allah dan keluarga aku. InsyaAllah.

No comments: