6.02.2011

Day 16: Your views on Mainstream music



Mainstream music. Bagi aku ia satu landasan buat artis-artis muda untuk mencuba nasib dalam dunia muzik yang lebih besar. Apabila anak-anak muda memasuki ke ara mainstream  music yang banyaknya adalah artis-artis yang hanya menyanyikan lagu yang diberikan kepada mereka. Kiranya tiada peluang untuk meluahkan apa yang mereka rasa.

Seperti mana, underground music mereka lebih selesa menjadi singer songwriter yang menyanyikan lagu-lagu nukilan mereka. Dengan ini, mereka dapat menjiwai lagu itu sebab mungkin ia dari pengalaman sendiri. Namun, ada juga artis mainstream yang dapat membawa lagu mereka dengan baik dan dapat menjiwai lagu tersebut. Contohnya, Faizal Tahir yang seperti bersatu dengan lagu-lagu nyanyian dia.

Bagi aku juga, mainstream music is like the popular songs, pop and RnB. Most of them tergolong dalam genre lagu-lagu begini. Mungkin kerana aku meminati genre rock, aku rasa kan yang genre lain seperti tidak begitu menghiburkan. Artis Independent pula mostly membawa lagu-lagu yang bergenre Rock dan aku dapat rasakan yang anak-anak muda ini memang berbakat.

Jadi bagi aku, jika hendak poupular atau lebih dikenali ramai, anak-anak muda yang berbakat boleh bertukar dari pada underground music ke mainstream music agar mudah lagu-lagu mereka berkumandang di corong-corong radio. Lebih mudah dipasarkan dan lebih banyak publisiti yang diterima. Jadi... ya itu sahaja.

P.S: Music is universal. Understand the melody, then you can understand lyric.

No comments: