6.14.2011

Idea kreatif untuk dating


As-salam dan hello semua. Semua sihat? kalau sihat bagus lah...kalau sakit tu jumpa lah doctor..jangan lupa makan ubat pula.hahaha. Okay, makin hari makin selalu aku dengar dari kawan-kawan perempuan aku yang boyfriend mereka ni tak sporting langsung. I mean macam bila date, hambar je. Macam boring je.hahaha. Takde something yang boleh buat kita ingat date tu.hahaha. So, aku rasa macam nak bagi idea lah untuk ada date yang lebih kreatif dan menarik.hahaha.jom...

1. Apa kata korang cuba buat macam satu ekspedisi untuk awek korang untuk sampai kepada korang. Macam treasure hunt gitu. Bagi lah instructions kat awek korang kata pegi sini, dapatkan ini, pegi sana dapat kan itu. Haa... baru adventure sikit.hahaha. Make sure benda tu challenging gila-gila tau. Tapi aku rasa idea ni untuk awek yang tahan lasak dan hati kering je, sebab kalau yang biasa emang tak lah kan.Awak dah make up segala, nak suruh lari-lari anak pula sebelum nak dating.hahaha.



2. Haa... ni memang sesuai untuk pasangan yang memang gila muzik. Hahaha. I mean macam musician or memang ikut perkembangan lagu-lagu di dunia dan ada taste yang bagus dalam memilih lagu. Korang boleh bawak laptop dan charger sekali dan lepak kat starbucks atau mana-mana tempat yang ada wireless. Korang duduk situ dan buat music cd kat situ. I mean macam korang nyanyi dan record kat situ lah. Lagi best kalau boleh bawak gitar sekali. Gila, mesti awesome gila buat macam tu. Sweet juga lah bagi aku.hahaha. Mesti orang yang tengok jealous dengan korang.hahaha.

3. Korang pergi MPH, ambil buku banyak-banyak dan duduk kat restaurant kat sana. Tak silap aku ada kedai buku yang ada restaurant kat dalam kedai tu. Ni sesuai untuk ulat-ulat buku lah. Untuk nampak ia menarik, korang bincangkan lah tentang plot buku tu ke, buat conclusion sebelum baca sampai habis ke. Secara tak langsung korang gain knowledge dan dapat spend time berdua-dua sambil makan kek chocolate dan minum fresh orange.hahaha. Sweet okay! Nanti nak try...hahaha.

4. Kepada yang minat sains tu, apa kata korang spend time bersama-sama pergi ke Petrosains atau pun Planetarium Negara. haha...sweet kot pegang tangan lepas tu jalan-jalan dalam tu. Boleh belajar sains dan dapat spend time lagi.Hahaha... Mesti macam orang jealous je kan. Yelah, yang lain pegi dengan anak-anak... tak pun rombongan sekolah. Bapak bosannya kan.. Korang boleh lah bawak bekal air dalam beg tu...mana lah tau tengah jalan-jalan tu haus ke kan. Lepas dah habis jalan dalam tu, korang buat lah conclusion apa yang korang dapat.hahaha.. gila student lah...hahaha



5. Haa... yang ni paling seronok lah bagi aku. Korang yang duduk kat kl ni kan, pernah tak korang naik lrt tapi tak turun? Korang just duduk je dalam train tu pusing-pusing kl? Pernah tak? Aku pernah kot...hahaha. Tapi masa tu buat dengan kawan-kawan lah. Tak rasa seronok macam buat dengan awek.Hahaha. Ini lagi seronok. Bayar untuk pegi station selang satu je tapi duduk dekat 1/2 hari dalam train tu... hahaha. Ini sesuai untuk yang amik psychology..hahaha... secara tak langsung korang boleh buat observation tentang human behaviour bila berada dalam train. Hahaha. Korang pun boleh makan n minum dalam tu. Ala, orang tak kata punya. Korang boleh pilih lah nak naik lrt ke, monorail ke, ktm ke... yang penting kenderaan tu bergerak-gerak.hahaha. Nice kot!


Haa... best kan?? Korang patut try lah benda ni semua. Bukan sahaja korang dapat spend time bersama pasangan korang, korang boleh dapat something juga. Hahaha. tak rugi apa-apa pun. Seronok kot..hahaha. Aku pun rasa nak try lah nanti buat macam ni. Nak gak tengok apa reaksi orang kan...hahaha. So, jangan lupa kalau ada kelapangan tu, try lah idea untuk datin gyang holiau ni. Tapi yang penting, hargai lah pasangan korang tu...okay? Terima kasih, sudi baca... =)


P.S: Jangan lupa bawa kamera untuk rakam saat-saat manis korang tu.hahaha. =)

2 comments:

C`ayob.com said...

waaaa panjangnya entri...kalau boleh pendek kan....hehe maaf cuz tenggur....teruskan update and Blog Walking



Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2lah di blog yang tak seberapa ini........., Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

Ariff Masrom said...

terima kasih... biasa lah, suka bermain dengan bahasa ni memang payah sikit. selalu terlajak. hahaha.btw, terima kasih.