6.03.2011

Tuntut Ilmu



Hari ini aku terbaca tentang wanita tua berusia 100 tahun belajar membaca dan menulis.err... disini ya. Okay, dia dari Brazil. Aku rasa teruja baca tentang dia. Walaupun dah berusia 100 tahun dia masih ingin belajar menulis dan membaca. Itu satu contoh semangat yang perlu golongan remaja zaman sekarang yang sering leka dengan duniawi dan tidak mahu menuntut ilmu. Well, Nabi Muhammad S.A.W pun ada bersabda, tuntut ilmu sampai negeri China yang aku dapat faham maksudnya seperti kita kena menuntut ilmu sampai bila-bila selagi kita bernyawa.

Aku lihat anak-anak muda sekarang ni suka buang masa dan tidak tumpu pada pendidikan mereka. Seperti sekarang, isu terbaru tentang gadis itu. Mungkin aku tidak mengenali dia sangat tapi dengan tindakan dia itu kita semua yang waras dan berfikiran rasional ini dapat mentafsirkan yang dia ini seorang pelajar yang jahat dan mungkin tidak rajin belajar. Tapi, itulah..kita tidak kenal dia so kita tak boleh terus menuding jari.

Semenjak aku masuk belajar di UTAR, aku rasa lain sangat. Persekitaran yang jauh berbeda dengan apa yang aku pernah lalui sebelum ini. Mungkin sebab hampir semua pelajar disini termasuk pensyarah sekali, semua nya orang cina. Cara belajar nya amat lain. Aku kena berebut untuk masuk ke kelas sebab mereka akan datang awal dan tunggu di depan pintu masuk untuk masuk dan duduk di depan. Aku nak duduk depan juga lah weyh!



Kini aku dapat rasa pentingnya ilmu tu.Ya lah, umur pun dah nak masuk 20 tapi masih kosong. Aku dapat rasa kan kekosongan tu. Tidak mengapa, aku tahu yang Allah sudah rancang yang terbaik untuk aku yang aku pasti akan membuat aku rasa bersyukur. Aku sudah pun rasa bersyukur apabila dapat berada disini. Jadi, aku akan cuba untuk jadi sama seperti anak-anak cina ni belajar sampai berjaya.hahaha. Aku nak duduk depan, kau lambat duduk belakang okay?! hahaha

P.S: Melayu cuma ada 10 orang je dan yang lain Cina.haih..minoriti betul

No comments: