12.12.2011

Aku Yakin

Cukup sudah bertanya pada aku,
"Kau yakin untuk bersama dengan dia?",
"Kau rasa ini memang yang terbaik untuk kau?",
Aku tak perlu itu semua,
Maaf.

Aku sendiri masih kabur,
Pandangan aku masih memerlukan kaca mata ini,
Aku masih tidak tahu apa yang ditulis untuk aku,
DIA sahaja yang tahu apa sebaik-baiknya untuk aku.
Tetapi, aku mahu tulisan untuk aku itu, ada dia.

Ada nya dia menemani aku,
Jatuh bangunnya aku,
Baik jahatnya aku,
Cantik buruknya aku,
Sihat sakitnya aku,
Senyum tangisnya aku,
Aku mahu semuanya dengan dia.
Dan aku yakin,
Aku mahu dia ada.

"Tuhan, jika dia jodoh yang kau tetapkan untuk hamba-mu ini,
kuatkan aku untuk terus lawan untuk jodoh ini,
dan bantu aku, berikan aku kekuatan untuk terus bahagiakan dia."

No comments: