12.07.2011

Realitinya Fantasi

Dulu ini hanya fantasi,
Yang aku cipta sendiri,
Tanpa sedar, aku bermain dengan perasaan sendiri,
Halusinasi, aku dah biasa dengan itu,
Separa sedar, aku dah lali dengan keadaan itu,

Kamu,
Hadir dalam hidup,
Berlari dalam minda,
Berjalan dalam mimpi,
Itu magis bagi aku,
Kerana aku bukan berhalusinasi,
Juga bukan berkeadaan separa sedar.

Aku mahu,
Kamu bukan sekadar fantasi lagi,
Tapi, realiti untuk aku,
Boleh?

No comments: