6.26.2012

Dakwatnya Kering

Tanpa dakwat
Aku hanya lelaki biasa
Yang hidup seperti manusia biasa
Gembira sedih takut marah
Biasa sahaja
Sama seperti mereka

Dengan dakwat
Aku masih lelaki biasa
Yang hidup seperti manusia biasa
Ketawa menangis menggigil mendengus
Biasa sahaja
Bezanya cuma aku tulis

Semuanya aku tulis
Biar kau boleh baca
Intonasinya kau cipta sendiri
Emosinya kau pilih sendiri
Terkesan atau tidak terpulang pada kau
Aku hanya tulis
Kau tinggal baca sahaja
Mudah

No comments: