9.12.2012

Kertas Putih

Bicara kamu semakin perlahan
Penuh rasa resah, gelisah, kecewa di dalamnya
Kamu tuliskan semua rasa
Di atas kertas putih
Bagi kamu kertas putih itu hati kamu
Dan pena yang digunakan adalah lidah
Yang bicarakan janji-janji manis
Yang akhirnya mengotorkan hati kamu
Dan hati kamu akhirnya tertembus dan terkoyak
kerana selalu diberikan janji-janji manis

Balang kosong kini dipenuhi kertas
Balang yang dilabelkan sebagai
"Cinta Yang Gagal"

Mungkin kamu perlukan kertas ajaib
Yang bila mana ditulis berkali-kali
Kesannya tiada terlekat
Barulah ketika itu
Hati kamu akan segar sentiasa
Seperti bayi yang baru ditiupkan nyawa

No comments: