Tali leher merah itu dilonggarkan perlahan-lahan. Lengan bajunya dilipat satu demi satu sehingga ke paras siku. Kunci kereta dan BlackBerry aku diletakkan di atas meja. Aku terus berjalan ke dapur. Aku mengemaskan rambutnya.Makanan sudah terhidang di atas meja menunggu aku untuk dijamah.
Pandangannya mengintai ke dalam bilik. Dari dalam gelap, kelibat Maria datang. Perlahan-lahan dia datang dan mengucup pipi suami kesayangannya lalu duduk di meja makan. Mereka bertentang mata, membanding mata dan saling tersenyum.
"Awal awak balik hari ini? Tak sihat ke?" aku bertanya kepada Maria.
"Saja balik awal. Lagi pun bos bagi kebenaran untuk saya balik awal. Itu yang saya balik awal." jawab Maria sambil membuka tudung saji di atas meja.
"Wah...sedapnya bau. Awak yang masak semua ni? Mesti sedap." Aku mencuit pinggan Maria. Maria tersenyum sedikit. Senyumannya kelat.
"Mestilah saya masak. Special untuk awak." Maria memberi sepinggan nasi putih kepada aku.
Di atas meja ada semangkuk ayam masak sambal, hati ayam masak cili padi, sup tulang dan air sirap. Warna sambal ayam masak sambal itu merah semacam sahaja. Hati ayam itu pun nampak lembut dan segar. Tulang-tulang yang tergolek di dalam mangkuk itu nampak amat menyelerakan dan air sirap ini rasa lebih sedap daripada biasa.
"Eh, awak...mari lah makan sekali dengan saya." aku menjemput Maria makan bersamaku
"Awak makan lah dulu. Saya masakkan semua ni untuk awak." Aku hanya tersenyum dan terus menikmati masakkan isteri kesayanganku ini.
"Awak, tadi saya jumpa seseorang di pasar. Cantik orangnya. Tinggi lampai, rambut hitam lurus, matanya bulat, bibirnya mungil. Saya ajak dia datang ke rumah."
"Oh ye ke? Siapa nama dia?" aku bertanya.
"Nama dia Aina."
"Aina?" aku sedikit terkejut. Terlintas wajah seseorang dalam kepala aku.
"Aah. Aina. Tadi dia kata dia kenal awak masa dia nampak gambar kita atas meja tu. Tadi dia tolong saya masak. Lama lah juga kami berborak." Maria tersenyum kelat.
"Mana Aina? Dah balik ke dia tu?"
"Eh, sekejap awak. Saya lupa lagi satu lauk kat dapur." Maria bingkas bangun dan berjalan ke dapur. Kemudian dia kembali dengan membawa sesuatu yang ditutup dengan penutup kuali.
"Awak, ni special menu hari ini. Makan lah."
Aku senyum kepada Maria. Aku buka penutup kuali itu dan aku terkejut apabila ternampak kepala manusia di atas pinggan itu. Penutup kuali tadi tercampak hingga ke depan pintu masuk.
"Aina?!" kata aku dengan suara bergetar.
"Aah. Ni lah Aina yang saya cerita tadi. Dia kata dia kenal awak. Saya pun ada ternampak nama ni di dalam phone awak. Seronok awak bbm dengan dia kan. hihihi." Maria ketawa kecil. Aku terlihat di tangannya ada pisau pemotong daging.
"Mar...Mar...Maria....letak pisau tu. Letak kat bawah....jangan..." aku bingkas bangun dari kerusi dan berdiri rapat ke dinding.
"Sedap tak daging manusia masak darah dan sambal, hati manusia masak masak cili padi, sup tulang rusuk, dan jus jantung tu? Sedapkan. Tapi, saya tak dapat rasa lah. Saya nak masak lagi sekali menu yang sama." Maria senyum kepada aku.
"Jangan Maria. Jangan... saya minta maaf."
Hujung pisau pemotong daging tertanam di dada kiri aku. Nafas aku semakin lemah. Maria semakin rakus menikam aku sambil ketawa kecil. Rumah aku berbau hanyir darah. Setelah puas menikam aku, Maria mencium bibir ku dan membisikkan sesuatu ke telinga ku.
"Mengucap sayang, dan saya tetap sayang awak sampai awak mati." Maria senyum pada aku.
Kemudian, phone aku berbunyi. Ada bbm masuk.
"Sayang, balik rumah awak sekarang! Isteri awak dah tahu pasal kita. Dia nak bunuh saya! Cepat balik!!"
Celaka. Servis Maxis memang slow.

No comments:
Post a Comment