Showing posts with label Roda. Show all posts
Showing posts with label Roda. Show all posts

7.14.2012

Roda #3

Darren masih tidur di atas katilnya sambil memeluk seorang gadis yang dia tidak pasti kenal atau tidak. Biliknya penuh dengan botol-botol arak dan sangat berselerak. Cermin pecah merata-rata dan bajunya entah ke mana, seluarnya entah ke mana. Yang ada ditubuhnya hanya boxer putih berjenama Renoma. Selepas selesai persembahan semalam, dia terus pergi ke belakang pentas dan terus mengambil sebotol arak dan sekotak rokok. Dia duduk sendirian di atas anak tangga sambil menikmati angin dingin di Texas. Derran memang seorang lelaki yang pendiam yang suka menyendiri. Ada seorang gadis yang hanya mengenakan skirt hitam singkat dan t-shirt yang tertera nama Annabel di atasnya. Mereka bersembang-sembang dan sedar sahaja, Darren sudah berada di atas katilnya. Nama perempuan itu pun dia tidak tahu.

Handphone Darren berdering.

"Hey, man. Show kita lagi 30 minit. Cepat siap. Aku on the way dah ni."
"Shit!"
"Come on. Get up. Aku on the way dah."
"Ye lah. Aku siap sekarang."
"Okay then."

Darren menggosok-gosok matanya. Gadis disebelahnya mengeliat perlahan dan tersenyum melihat Darren dalam keadaan mamai. Darren hanya melihat gadis itu dan mencium dahinya. Ah, baru teringat. Darren membawa perempuan itu ke pub dan minum dengan dia sana. Mereka menari-nari dan bergembira di sana.Darren membawanya pulang ke rumah dan mereka menyambung kegembiraan itu dirumah. "Ah, last nigh was good" kata Darren di dalam hati. Dia tersenyum sendirian. Dia menyarungkan bajunya dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Shit! 30 minit lagi ada show. Mana gitar aku?! 

7.12.2012

Roda #2

Maria melangkah masuk ke dalam bilik aku. Dia hanya melihat aku dengan pandangan yang paling tajam. Jika dia terus memandang aku sebegitu, mungkin kulit aku akan tersiat-siat dek pandangan tajamnya itu. Maria mengambil gelas yang penuh dengan air yang tidak habis diminum semalam dan mencurahnya ke muka aku. Celaka.

"What the....! Hey, what the hell was that for?" aku menenyeh-nenyeh mata aku.

"Aku harap kau gembira. Such a loser!" Maria mula memarahi aku.

"Huh?" Aku pelik dengan apa yang berlaku. Celaka. Apa yang aku buat semalam?

"Oh please... Don't pretend like you don't know what happened last night?" Maria memeluk tubuhnya dengan angkuh.

"Apa yang kau cakapkan ini? Apa yang aku buat?" Celaka. Air tadi memang memedihkan mata aku.

"Sudah lah. Mana perempuan sundal tu? Mana?!" Matanya melilau mencari satu susuk tubuh seorang perempuan yang aku tahu memang tiada di sini.

"Siapa? Siapa yang kau cari ni? Aku seorang je dalam bilik ni!" Aku menyoalnya semula.

"Kau hantar voicemail kat aku semalam semasa kau sedang seronok 'melayari bahtera' dengan perempuan sundal tu! Kau memang celaka. Disgusting. Jangan kau cari aku lagi. We're done! Fuck you, loser!" Maria menampar muka aku sekuat hati dan pergi meninggalkan aku yang masih dalam keadaan keliru dengan apa yang berlaku.

"Okay. Take your time. See you tonight..." Ah, celaka.

Tiba-tiba aku terdengar lagu The Past That Should Dead daripada kumpulan Emarosa berkumandang. Eh, itu bukan kah ringtone Adam? Betul sangkaan aku. Itu memang handphone Adam, guitaris utama kumpulan aku. Macam mana handphone dia ada di sini tetapi dia takde? Aku jawab panggilan itu. Tertera nama aku di skrin handphone Adam. "Jack Bruce". Aku masih mamai ketika itu.

"Hey, Adam. What's up?"
 "Hey, Jack! Hahaha. Kita tertukar phone semalam. Oh, aku, James dan Roy ada di Tom's Cafe. Datang lah sini. Kitaorang tunggu kau kat sini. Datang cepat. Kita takde masa lagi ni."
"Oh, okay. Aku pergi ambil Darren kat rumah dia, lepas tu baru aku datang sana."
"Okay, Bruce. Cool. By the way, your girl called last night... dia macam marah betul dengan kau. Hahaha!"
"Shit. That was you. Ah, what ever. Kau tunggu je lah kat sana."
"Okay, man. Cheerio."

Celaka kau, Adam!

Cerpen: Roda #1

"Hey, Jack. It's your turn. Cepatlah naik atas pentas. Penonton semua dah bising tu! Tidur apa lagi woi?!"

BAAM!! Pintu bilik ditutup sekuat hati. Ah, celaka. Kepala aku terasa berat. Mungkin kesan daripada arak yang aku minum semalam bersama Adam selepas show di Gexa Energy Pavillion. Penonton memang gila semalam. Arak, dadah, perempuan, seks, itu sudah menjadi kebiasaan untuk aku. Siapa tidak kenal Jack "reckless and relentless" Bruce? Penyanyi utama dan pemain gitar kumpulan metalcore yang terkenal di London, Annabel.

Aku mengosok-gosok mata aku. Aku capai majalah Alternative Press issue #379. Annabel menjadi penghias kulit depan untuk bulan ini. Aku bangun dah bergerak ke bilik air. Aku terlihat wajah aku di dalam cermin. "Who the hell are you, John? What happened to you?" Celaka. Aku bukan lagi John yang dahulu. Aku sudah jadi seorang yang ketagih dadah dan arak. Ini sangat celaka. Ah, dah hampir jam 11. Aku ada 30 minit sahaja lagi. Mana budak-budak lain ni? Sial!