7.12.2012

Cerpen: Roda #1

"Hey, Jack. It's your turn. Cepatlah naik atas pentas. Penonton semua dah bising tu! Tidur apa lagi woi?!"

BAAM!! Pintu bilik ditutup sekuat hati. Ah, celaka. Kepala aku terasa berat. Mungkin kesan daripada arak yang aku minum semalam bersama Adam selepas show di Gexa Energy Pavillion. Penonton memang gila semalam. Arak, dadah, perempuan, seks, itu sudah menjadi kebiasaan untuk aku. Siapa tidak kenal Jack "reckless and relentless" Bruce? Penyanyi utama dan pemain gitar kumpulan metalcore yang terkenal di London, Annabel.

Aku mengosok-gosok mata aku. Aku capai majalah Alternative Press issue #379. Annabel menjadi penghias kulit depan untuk bulan ini. Aku bangun dah bergerak ke bilik air. Aku terlihat wajah aku di dalam cermin. "Who the hell are you, John? What happened to you?" Celaka. Aku bukan lagi John yang dahulu. Aku sudah jadi seorang yang ketagih dadah dan arak. Ini sangat celaka. Ah, dah hampir jam 11. Aku ada 30 minit sahaja lagi. Mana budak-budak lain ni? Sial!