6.12.2011

Single? Kenapa?


As-salam dan hello. Sihat semua. Bosan lah cuti. tak de kelas memang boring. Kalau ada kelas, boleh jumpa orang, tengok orang lalu lalang... ni cuti, duduk rumah je.hahaha. Okay, hari ni rasa nak cerita tentang "Single? Kenapa?" Haa... bagi aku ini satu topic yang menarik kot.hahaha. Kenapa anda single, dan adakah anda ada sebab-sebab tertentu. So, hari ni aku nak bagi pendapat dari seorang jejaka bernama Ariff Masrom. =)


This couple issue memang akan sentiasa mendapat perhatian semua pihak kan? kalau artis tu memang akan dapat liputan media yang hebat jika dapat tahu yang mereka berpacaran...hahaha. Kelakar juga bila difikirkan.. tapi bila single pun jadi issue..kenapa single lama-lama...? kenapa single lama selepas putus dahulu?? korang pernah lalui benda ni tak? mesti pernah kan.. Well, kita ada alasan masing-masing kenapa kita single kan? So, ni alasan aku kenapa aku single lagi.hahaha.


Bagi aku, aku belum bersedia lagi lah kot. Ye lah, aku rasa aku belum ada apa-apa lagi dalam tangan, dan focus aku sekarang untuk dapatkan sesuatu dalam tangan ni dulu. Haa... dah dapat baru lah boleh aku cari gadis yang tunggu aku lama-lama ni...hahaha. Aku kena sediakan semua dulu untuk dia, kereta, rumah, asset untuk dia lah kan. Supaya dia bahagia bila dengan aku nanti.hahaha. poyo kan aku? biarlah... aku jujur apa...hahha. =)




Aku pun ada tengok juga kawan-kawan aku yang frust menonggeng2 sebab putus cinta.. well, for sure aku tak nak frust menonggeng-nonggeng juga. So, aku just lihat dan tunggu je bila Allah nak bagi aku jumpa dengan gadis yang sesuai dengan aku tu kan...hahaha. 20 tahun... muda lagi lah kalau nak jumpa pun. Aku doa lah, biarlah semua aku dah dapat dulu baru bagi jumpa.hahaha. Ye lah, sapa tak nak kongsi-kongsi rasa sayang.aku nak juga weyh...hahaha. Lagi pun muda-muda ni, darah tengah panas.hahaha. Takut juga.


Aku tak de lagi cerita-cerita cinta yang menarik macam korang untuk dikongsikan.hahaha. Ye lah, siapa nak kat aku.hahaha. Tapi aku rasa aku nak pegang satu perkara ni. Aku lupa surah apa, tapi bunyi macam ni lah juga. " Allah biarkan kamu sendirian kerana Dia simpan yang terbaik buat kamu... " Haa... kira nanti aku akan dapat yang terbaik untuk aku.hahaha. Lagi satu, aku percaya yang lelaki baik, untuk perempuan baik. Perempuan baik untuk lelaki baik juga. Jadi, aku assume yang aku ni baik lah.hahaha. So, aku biarkan Allah rangkakan plot cerita cinta aku ni. Tapi, jangan sampai kita lupa cinta kita pada Allah pula ya... =)


Ayah ada kata, pendapat lelaki mesti tak sama dengan perempuan. Jadi, semua orang ada pendapat masing-masing kan. So, inilah pendapat aku dari apa yang aku dah pelajari selama aku hidup ni. Cinta itu ada di mana-mana... Kita tunggu je lah..nanti Allah akan bawa ia datang pada kita sendiri dalam apa cara sekali pun. Yang penting, doa jangan lupa... tu penting tu. =)


" aku akan pegang benda ni sampai bila-bila... "

P.S: Jangan tinggikan darjat sesiapa di dalam hati selain Allah. =)


No comments: