11.13.2011

Buku Nota

Saya ada satu cerita,
cerita saya ada dua watak utama,
ada saya dan ada dia,
saya ada satu buku nota,
saya bawa ke mana-mana sahaja saya pergi,
saya sentiasa peluk, kemas di dada saya,
dekat di hati, saya berkata pada diri sendiri,
dari mula perkenalan saya dan dia,
setiap ucapan, setiap gurauan,
saya tulis dalam buku nota itu,
dan saya akan baca semula di malam hari,
sambil ditemani bulan, melayan kerenah saya bercerita,
buku nota saya, perjalanan hidup saya,
cara saya mengenali dia yang saya suka.
Dia XX saya.

No comments: